Sunday, September 7, 2014

Baby Wafa telling how she was borned through awesome vbac birth




Disclaimer : Permission obtained from rightful owner of this birth story and originality maintain without any editing done for educational purposes.

Assalamu'alaikum & hi aunties semua 
Nama saya Aliya Al Wafa, hari ni genap umur saya 55 hari setelah lahir di rumah. 



Wafa nak cerita macam mana mama lahirkan wafa. Sebelum tu, abang wafa lahir secara czer. Alasan doktor sebab keadaan masa tu dah fetal distress. Padahal sebab mama stress kena strap baring je tak boleh gerak. Terpaksa la abg lahir secara czer. Sepanjang berpantangkan abang, mama ashik nangis je sebab trauma kena czer. So, mama kata that's enough!! Adik lahir kat rumah, no more medical intervention, go for vbac!!

Bermulalah kisah wafa pulak. Sepanjang mama mengandungkan wafa, mama ambik semua supplement dari REAL FOOD, takde pun supplement dari klinik atau lain2. Hari hari mama ambik protein, calcium, asid folik yang cukup dari sumber kekacang, sayuran & buahan. Sesudu pati delima gulsan + sesudu madu campur setengah cawan air mesti wafa akan rasa hari hari.
Tak lupa jugak exercise. Mama tengok youtube buat exercise, kadang kadang buat belly dancing. Syok betul dancing dengan mama dalam perut. Hehe...
Sepanjang mama mengandungkan wafa jugak, mama buat research habis habisan untuk homebirth sampai bisnes mama agak ke laut, haha... Hari hari mama cari info baru melalui group GBG, ICAN, UC, Spinning babies, birth story, youtube dan google. Mama baca buku gentle birth & buat revision balik Amani notes yg Aunty Hanz bagi masa Amani kelas. Owh ye... Lupa bagitau, mama dah pergi kelas intensive Amani dgn Aunty Hanz sebelum mama conceive wafa.

Masa wafa dalam perut mama masuk 2nd trimester, mama dah buat scar massage. Lepas 30 minggu, mama jumpa Prof Zainal VR Clinic Homeopati untuk ambik ubat homeopati pulak. Bermula tu juga wafa rasa ubat homeopati plak.
Doktor bagi EDD untuk wafa keluar dari perut mama 4 julai. Tapi wafa keluar dari perut mama genap 41 minggu 2 hari pada 13 Julai.
Bermula 36 minggu, hari hari wafa bagi mama tanda braxton hicks sekali sehari supaya mama bersedia. Masuk 4 julai, wafa tak keluar lagi tapi mama cool je. Hari hari mama ajak ayah window shopping. Minum air kelapa pun hari hari. Sebelum tu, start 32 minggu mama dah minum RLT hari hari, beli kat kedai organik. Dan tak lupa jugak mama ambik vit c yang jenis soluble lepas dah masuk 36 minggu.

Masuk 41 minggu, baru mama teringat nak makan nenas. Esok paginya (12 julai) bloody show pun datang, masa tu pukul 2.30 pagi, mama nak pee, ternampak darah. Wow!! Mama excited sampai tak tidur dah lepas tu. Bloody show datang je mama dah rasa surge. Surge yang boleh tahan lagi tu tapi bila tiap kali datang, memang tak boleh tidur, mama buat deep breathing tiap kali surge datang.
Subuhnya, mama whatsapp aunty zura, since dia yang paling dekat dalam melaka ni untuk minta tolong apa apa. Sekali tu je whatsapp, lepas tu dah tak tengok phone. Mama fokus deep breathing je.
Macam macam posisi mama buat, kejap atas gym ball, kejap squatting, kejap all four. Kejap dalam bilik, kejap kat ruang tamu. Memang best & tak stress. 




Bermula datang bloody show tu, tiap kali surge, mesti keluar darah. Mama teringat post uterine rupture dalam group ican. Sempat bukak post tu balik & baca balik semua komen dalam post tu. Mama risau uterine rupture, tapi bila cek balik rupa darah & bentuk perut. Okey...ni bukan uterine rupture. So mama terus keep calm.
Tiap 1-2 jam, mama ambik ubat homeopati untuk active labour, makan kurma & ayah buatkan RLT. Mama tak lalu sangat nak makan berat, jadi mama makan kurma je.
Surge terus datang & makin rapat selang masa. Sakit dia, mama boleh tahan lagi lepas tukar tukar position & buat deep breathing. Antara surge, mama selalu cuba curi masa untuk tidur supaya ada tenaga sikit.
Mindset mama dah agak masa labour akan panjang sebab nak vbac. Tapi hari hari masa mengandung, mama tetap visualize akan sambut wafa dalam air kat rumah sendiri.
Masa terus berlalu dari asar ke maghrib, dari maghrib ke isyak. Mama terus layan surges sambil zikir dan doa. Pukul 11 malam, mama dah ngantuk sangat, jadi mama baring flat je sebab nak tidur. Tapi bila surge datang je, mama terus bangun, squat & deep breathing. Position paling selesa untuk mama adalah squatting & deep breathing.
Ayah tanya mama agaknya bila baby akan keluar. Mama kata instinct mama sebelum subuh 13 julai. Pukul 11 malam tu jugak, ayah tidurkan abang. Sebab ayah nak pam pool & isi air. Mama selesa nak pool letak kat ruang tamu tapi paip jauh. So ayah keluar kejap cari hose yang panjang untuk isi air.
Lepas dah siap pam & isi air, ayah temankan mama layan surges. Sebab surges dah makin kuat. Tiap kali surge datang, ayah peluk mama & urut belakang bahagian pinggang.
Mama nak masuk dalam pool tapi sebab tiap kali surge datang, darah keluar. Mama sayang nak masuk, nanti ayah penat nak tukar air kotor.
Pukul 4 pagi, surge dah makin kuat yg mama dah tak tahan. Mama mula humming sambil sebut Allah....tiap kali surge datang.
Azan subuh berkumandang tapi wafa belum rasa nak keluar lagi. Mama agak rasa kecewa sikit sebab target tak kena. Jadi mama usap perut banyak kali pujuk wafa "Wafa, kita boleh buat sama sama. Kita kuat!!"
Pukul 8 pagi, mama lapar minta ayah buatkan roti bakar. Mama makan 2 keping, makan kurma & minum RLT lagi. Tenaga mama dah makin kurang sebab labour yang panjang. Tapi mama tetap kuatkan semangat dan terus doa.
Seriously, sejak lepas subuh 13 julai tu, mama betul betul rasa pergantungan pada Allah, minta Allah bagi kekuatan. Berbeza dengan kat hospital, sakit tetap ada dan kadang kita bergantung pada alat yang doktor ada.
Mula ketuban pecah pukul 8.30 pagi. Cek warna air ketuban. Okey, jernih, tiada apa yang perlu dirisaukan. Terus minum air banyak banyak.
Pukul 9.30 pagi, mama rasa nak poo. Mama pergi tandas tapi tak rasa nak keluar apa. Mama cakap dengan ayah mama sembelit tak boleh poo. Mama kata mesti sembelit sebab makan roti. Ayah pun kata macam tu masuk kolam & buang je dalam kolam ni.
Tiba tiba mama kata baby nak keluar kot (1st time normal so tak dapat bayang fasa pushing). So mama masuk dalam kolam. Masa tu, perut mama rasa sakit sangat memang rasa macam sembelit.
Abang plak masa tu sibuk nak masuk kolam jugak. Dia tengok macam best je kalau dapat main air. Air agak dah sejuk masa tu. Mama mintak ayah keluarkan air (air penuh sangat) & tambah air panas. Jadi ayah agak kelam kabut nak layan abang yang sibuk nak main air kolam & mama yang rasa nak poo sangat.
Ayah angkat abang letak dalam bilik air main dengan air dalam baldi. Kemudian, terus keluarkan air dari kolam & masukkan air panas.
Mama masa tu try teran ingat sembelit nak poo. Tapi tak keluar apa. Ayah dah agak wafa nak keluar jadi ayah terus masuk pool sekali ready nak sambut. So ayah kata baby nak keluar dah ni.
Ayah dah nampak kepala wafa. Mama diam kejap takde surge datang (fasa transition) dalam 10 minit. Surge datang lagi.Mama masa tu yang dah nak kehabisan tenaga, push lagi sekali sekuat kuat hati sebab dah tak larat sangat, nak habiskan semua. Deep breathing semua dah ke laut masa pushing. Mama masa tu dalam position squatting.
Ayah nampak wafa pusing macam gerudi masa keluar, terus ayah tangkap. Yeah!! Alhamdulillah, pukul 9.55 pagi, Wafa selamat lahir secara waterbirth. Ayah keluarkan wafa dari air. Wafa terus nangis. Mama terus peluk dengan kain tuala & skin to skin, wafa terdiam, nikmat sungguh dalam dakapan mama. Lepas 10 minit, wafa terus minum kolostrum mama. 

Surge datang lagi, mama tau uri nak keluar. Tapi masa tu mama dalam keadaan posisi duduk dalam pool lagi. Jadi uri macam tersekat nak keluar. Ayah suruh squat tapi mama dah penat sangat. Dalam masa yang sama, mama sempat telan sebiji pil Yunnan baiyou lepas tengok darah penuh dalam pool.
Sebab uri tak keluar lagi, mama keluar dari pool & duduk kat tepi katil. Tali pusat agak pendek, jadi agak susah mama nak bawak wafa.
Pukul 10.30 pagi, mama yang dah kepenatan sangat terus tertidur sampai pukul 12.30 tengahari. Wafa pun tidur sebelah mama.
Pukul 12.30 tengahari, aunty Zura pun datang bawak nasi ayam & air Oren peel fresh. Nikmat tak terkata makan & minum lepas bersalin sebab seharian tak makan sangat. Lepas makan, Aunty Zura suruh tiup botol kosong sambil squat. Alhamdulillah, uri pun selamat keluar.
Mama biarkan uri teman wafa sampai tali pusat luruh putus sendiri. Mama buat lotus birth, tabur rosemary powder atas uri wafa.
Aunty Zura tolong ayah kemaskan rumah, siapkan katil untuk mama & wafa. Dan siapkan diri wafa jugak.
Mama dapat 2nd degree tear sebab fasa pushing yg ke laut. Tapi mama tak jahit, biarkan sembuh sendiri dengan ubat homeopati Prof Zainal, sapu gel gamat, letak seaweed & buat sitz bath. Alhamdulillah, sekarang luka dah cantum.
Terima Kasih aunties especially to Aunty Hanz, Aunty Zura, Aunty Fia, Aunty Liza & Aunty Waida yang sudi layan chit chat, sharing, doakan dan baca kisah panjang ni.
*group hugs*
Yang benar,

Aliya Al Wafa
4.5 kg, 55 cm (selepas 27 hari)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...