Monday, October 5, 2015

Spontaneous Gentle Natural Birth In Hospital






DISCLAIMER : Permission obtained from the rightful owner of this birth story and minimal editing is done on spelling for better reading but the content is maintained its originality for education purpose. Kindly seek permission from site owner if you wish to share amongst your network.

Ibu memasang angan-angan nak waterbirth before kahwin lagi. Masa tu tau pasal waterbirth lepas tengok wife Sheikh Muzaffar bersalin method ni. (Waktu tu muda remaja lagi) Lepas dah kahwin, dan masa tu baru dapat tau pregnant, angan-angan untuk waterbirth masih lagi ibu pegang. Tapi tak tau apa-apa pasal gentlebirth ni. 

One day, Alhamdulillah Allah temukan ibu dengan birth story from a friend of mine. Dari situ ibu tau pasal gentle birth, Amani class dan HypnoBirthing class. Bila dah mencari-cari dan menggali ibu jumpa macam-macam group yang support natural birth dan gentle birth. Ibu korek-korek ilmu daripada situ. And then ambil keputusan untuk join kelas Amani selepas dah berbincang dengan Abi. Alhamdulillah Abi sangat mudah untuk terima dan join kelas ni bila ibu ajak. Tak banyak dalih terus je bersetuju. Thank you Abi~

Ibu join kelas Amani dengan Sis Hanz. Masa tu ibu baru pregnant 12 weeks. Awal sangat...? I think itu masa yg paling sesuai. Dari sabah berkerja tu bukan senang nak dapat cuti balik Semenanjung. Dah ada cuti tu, ibu tak lepaskan peluang yang ada. Terus grab. Alhamdulillah dipermudahkan Allah untuk ibu. Mintak cuti awal sehari dari sekolah, settle payment dengan Sis hanz, dapat la join kelas Sis Hanz tu. 
MasyaAllah! Hebat anugerah Allah bagi pada tubuh badan kita ni. Baaaanyak ilmu yg kita tak tau kita tau asbab kelas amani ni. Waktu pregnant minggu ke 37 pulak, ibu ada terbaca pasal seminar HypnoBirthing dari page Kak Ayuni. Once again, ibu ajak abi join. As for me, itu persediaan akhir dan untuk refresh balik apa yang dah pernah kami belajar masa kelas Amani dulu walaupun content sebenarnya tidaklah sama.

2 september 2015. Mucus plug keluar lepas ibu mandi pagi. Untuk confirmation, ibu google gambar mucus plug. Sama. Ibu teruskan life macam biasa. Excercise atas gymball. Squat. Sway. Pelvic rock. Tailor sitting. Mana-mana yang mampu buat ibu buat. Naik tangga turun tangga. Hari-hari ajak Abi pergi berjalan.
Malam 5 September. Lebih kurang 10.40 pm ibu solat Isyak. Perut ibu dah memulas-mulas. Ibu ingatkan memulas nak kentut. Hehe rupa-rupanya masa sujud terakhir, ada bunyi 'pop'. Ohho! My amniotic fluid dah keluar mencurah-curah tapi ibu teruskan juga solat sampai akhir salam. Telekung dan sejadah tu basah lencun jangan cakap la.... Ibu siap solat, ibu terus text Sis Hanz. Text jugak Kak Ayuni. Ibu beritahu condition ibu. Advise daripada both CBE ni sama. Disebabkan ibu belum ada rasa surges, so just pakai pad. Rehat. Gain energy. Keep hydrated. No surges, no baby. So, pergi tido jela. Abi pun play roles jugak. Air kelapa. Olive oil. Habbatussauda. Kurma. Air zamzam. Eo. Lilin. Semua Abi sediakan.

3.30 am tersedar daripada tidur. Dah mula rasa surge. Try sambung tidur tapi tak boleh. Kejutkan Abi dan minta Abi pasang pool. Waktu ni tengok Abi bersungguh-sungguh isi air dalam pool ibu memang kasihan sangat pada abi. Ulang-alik masuk toilet. Isi dalam baldi. Tuang dalam pool. Thanks sebab korbankan tidur Abi. Sementara Abi isi air dalam pool, ibu paksa diri tidur. Nak charge tenaga banyak-banyak. Kadang-kadang bila surge kuat sikit, ibu terjaga. Time-time terjaga, makan la kurma, minum air kelapa, air zamzam dan minyak zaitun. Semua ibu bedal. Hehe yg penting ibu xnak tenaga habis.
6 am pool dah ready. Ngam-ngam tak banyak tak sikit airnya. Panas. Tak suam. Memang abi lebihkan panas supaya nanti senang abi adjust ikut keselasaan ibu. Abi kejutkan ibu tanya nak masuk pool sekarang ke. Ibu cakap not yet. Ibu solat subuh then sambung tidur lagi. Abi pun ibu suruh tidur juga. Next nanti banyak lagi perkara we both nak kena buat.
9.40 am surges dah mula kuat. Ibu layan surges. Duduk atas gymball. Tapi tak lama. Ibu tak selesa atas gymball. Waktu ni sway adalah cara paling sesuai dengan ibu. Peluk Abi sambil sway. Ala-ala Romantika d Amor pulak kan. but trust me, this method help me lots to control surges yang datang dan pergi itu. Time ni ibu sempat lagi pergi masak nasi. I thought nak masak lauk juga tapi tak mampu dah den!. So last-last ibu minta Abi belikan breakfast.

Ibu terjun pool dalam pukul 10.30 pagi. Layan surges. Abi duduk bersila di luar pool pegang tangan ibu. Gosok-gosok belakang ibu. Usap kepala ibu. Cakap-cakap dengan ibu. Main phone. Abi suapkan mee goreng sambil ibu layan surges. Masa makan ni ibu rasa surges setiap 20 minit sekali. Lama ibu dalam pool. Kadang-kadang ibu keluar pool sway kejap. Masuk pool balik. Kadang-kadang terlena dalam pool tu. Abi setia menemani walaupun kadang-kadang terkena marah dengan ibu sebab tanya soalan waktu surge datang. I'm so sorry my dear hubby. Makin lama surges makin cepat. 15 minit sekali. 10 minit sekali. 8 minit sekali. 6 minit sekali. Ibu dalam pool sekejap squat. Sekejap kneeling. Sekejap All Four. Cari posisi yang selesa. Setiap kali surge datang, ibu vocalize. Buat breathing technique yg ibu belajar dalam kelas. Open jaw. Bayangkan baby nak keluar jumpa ibu dan abi. Semua ni sangat membantu ibu untuk control surges.
3.40 pm tengah syok layan surges ibu rasa nak terberak sangat. Ibu keluar pool. Masuk toilet. Duduk atas toilet bowl tu tp tak keluar pun t**k. Ibu duduk cangkung pun tak keluar juga. Ibu keluar masuk toilet. Tak jadi nak masuk pool sebab rasa nk berak tu lagi kuat dari rasa surges. Ibu dah rasa nak mengamok. Ibu cakap ngan abi "Eei knapa la time-time camni pulak nak sembelitttt~". Bila cangkung t**k tak keluar. Tapi bila berdiri rasa nak meneran sangat-sangat. Pool terusku lupakan. Layan rasa nak berak je. Adoii. Abi dah mula risau bila tengok ibu macam tu.

4.00 pm Abi call Sis Hanz. Beritahu pasal ibu. Sis Hanz advise pergi hospital. Check dilate. At the same time Abi text jugak Kak Ayuni. Same advise. Pergi hospital check dilate. Kalau baru 2cm ke 3cm just mintak balik. Ibu pulak masih progress yang sama. Duduk dalam toilet. Bila berdiri je nak meneran. Then duduk balik. Owh ibu sudah mula tension sebab sembelit t**k tak keluar. Abi setia tunggu ibu depan pintu toilet sambil tersengguk-sengguk. I know he was super-duper tired. Kesian.

4.30 pm Abi buat keputusan bawak ibu pergi hospital. Kami ikut advise dua org CBE yang kami tanya. Pergi hospital just check dilate. Then balik. Luckily hospital dari rumah dekat. Sampai hospital terus masuk labour room untuk check dilate. Nurse bukak, then terus cakap "Eyh dah full dilate. Dah nampak rambut baby". I was like 'huh?? So kena beranak kat sini?? Arrrghh~'. Ibu terus pandang muka abi. Abi yang berdiri bertentangan dengan ibu muka bercahaya-cahaya sambil cakap "Sayang kita datang tepat pada masanya. Rambut baby dah nampak". Owh huwaaa tak sama pulak apa yang ibu fikir dengan apa yg Abi fikirkan
Tiba-tiba ibu dengar nurse cakap pada nurse lagi satu, "Ambil oksigen tu bla bla bla". Ibu waktu tu terus menyampuk "Ha? Oksigen? Ubat nak tahan sakit kan? Tak nak!. Saya tak nak!". Then nurse reply "Doc tak ada ni puan. Kami kena call dulu. Puan boleh tahan ke?". 

Adoii drama apa pulak ni? Rasanya waktu tu ibu nak je ajak Abi balik. Mau saja ku sambung terjun dalam pool dan teruskan rasa nak meneran tu dalam pool. Huwaaaa kenapa la ibu tak tau rasa nak meneran berak sembelit tu sebenarnya tanda awak nak keluar sayangku Yusuf?. Ibu tengok jam 4.45 pm waktu tu. "Doc lambat lagi ke? Suruh cepat sikit". Few minutes, doc sampai. Ibu ingatkan doc lagi sekali macam dalam birthplan, "Doc, sy tak nak epi ye". Doc just angguk. Setelah berusaha beberapa kali, tepat 5.12 pm lahirlah penyejuk hati ibu abi. Alhamdulillah. Lega tersangat lega. Abi terus cakap "skin to skin please". And yes, kami skin to skin dengan vernix masih melekat di badan baby. Terus breastfeed baby waktu tu. Uri keluar, ibu mintak doc utk delay cord clamping. Dcc sekejap then doc cakap dah pucat. Terus dia potong.

Alhamdulillah Allah mudahkan untuk Yusuf keluar. Ibu dpt gentle birth. No induce. No episiotomi. No VE yg berkali-kali tu. No vac. Dapat DCC. Dapat skin to skin. Dapat vernix lama (esok pagi baru Yusuf mandi). Alhamdulillah ibu syukur Allah kurniakan hadiah ni untuk ibu. Moga Yusuf jadi anak soleh ibu dunia akhirat. Amin InsyaAllah.

P/S : Keputusan yang kami ambil untuk homebirth bukanlah sesuatu yang perlu diambil mudah. Kami suami isteri tau pro n cons unttk setiap keputusan. Dari awal, saya cuba sedaya upaya menjaga kandungan. Menjaga dari segi pemakanan dan juga gaya hidup. Salah satu sebab kami mengikuti kelas Amani pada awal kehamilan (minggu12) adalah untuk membuat persediaan dari awal mental fizikal kami. Sejak awal kandungan saya amalkan makanan sunnah, real food, dan segala exercise yang mampu dilakukan saya lakukan. Setiap pagi saya pastikan saya akan consume pevoo 2 sudu, kurma at least 3 biji dan pati delima. Kismis dan buah tin tak tinggal. Saya juga amalkan susu kambing segar seminggu 2-3 kali. Makan kekacang (always have cheat day 😅) zafaran saya campur dalam air masak yg saya minum setiap hari. 

Secara jujurnya saya tidak mengambil ubatpubat yang disediakan pihak KKIA (3 jenis) tapi saya gantikannya dari sumber alami. Vit C, folate, iron semua dari real food. Pada minggu ke30 saya mula tinggal bersama suami (sebelumnya kami PJJ ats sebab saya bkerja di Sabah dan dia di Semenanjung). Dari situ pemakanan saya lebih teratur dan dijaga sebaiknya oleh suami. Kami gantikan gula putih dgn organic brown sugar. Garam laut kepad garam himalaya. Guna olive oil utk memasak. Ayam organic. Avoid all process food (saya mmg jenis orang yang tak makan process food dan fast food). Suami selalu buatkan jus untuk saya. Banana milk, almond milk, green juice. Bayam dan brokoli merupakan sayuran wajib utk sy setiap hari. Buah either orange or plum juga wajib saya makan. Suami akan 'paksa' saya makan kurma paling kurang 7 biji sehari (pernah kena dera makan 15 biji sekali hadap ).
Saya checkup seperti biasa di KKIA. Terima dan pantau kesihatan diri dan baby dari situ. Minggu-36 saya ke hospital. Deal degan Doc Khairiah untuk bersalin di sana (ini merupakan Plan B yang saya dan suami ambil). Setelah setiap appointment dan checkup, saya pastikan kandungan saya low risk. Maka kami betul-betul tekad dengan keputusan kami untuk homebirth. Semuanya berjalan seperti yg dirancang sampailah part terasa nk berak sembelit tu. Kikiki 😅. So terjadilah cerita Yusuf Rifai bersalin di hospital seperti Plan B kami...
Kita merancang dengan cita-cita. Allah merancang dengan cintaNya. Allah lebih mengetahui apa yg terbaik untuk hambaNya. Homewaterbirth, insyaAllah next baby kita cuba lagi. Apa yg penting, ibu tetap dapat rasa gentlebirth utk ank sulung ibu ni. Alhamdulillah. Thank you Allah.

2 comments:

  1. Alhamdulillah..saya pum nak rasa cmtu..mudah-mudahan dimakbulkan

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..syukur..saya pun nak rasa cmtu..nak sgt.insyallah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...