Tuesday, October 6, 2015

How this Mama prepare for her success on Vaginal Birth After 2 Cesareans


DISCLAIMER : Permission obtained from the rightful owner of this sharing tips. Kindly seek permission from site owner if you wish to share amongst your network.

Saya pun nak share my VBA2C prep.
Masa saya tengah pregnant dulu, saya lagi seronok baca prep mamas semua untuk VBAC dari the successful birth story itself. So I will share my preparations, mana tau ada orang yang boleh dapat manfaat juga.
In no particular order (cos semua pun penting):
1. Finding the right health care provider

Bukan saja perlu cari doktor yang sokong usaha kita, nurses pun kena yang pro gentle birth dan cari hospital policy yang mother and baby friendly pun sama penting. Saya tinggal di Shah Alam tapi sanggup je pergi monthly check up di Seri Kembangan seorang diri pasal majority hospital yang laga dekat dengan rumah memang saya blacklist (based dari pengalaman sendiri dan pengalaman ibu-ibu lain). Mak dan suami saya sendiri mula-mula memang pelik apsal la nak pergi check up jauh-jauh.

2. Scar massage

Saya start dari mula je dapat tahu saya pregnant. Tak la setiap hari tapi maybe seminggu 3-4 kali kot. Buat selagi perut tak besar dan cover scar. Video cemana nak buat ada dlm group ni.

3. Weekly prenatal yoga 

Setiap Jumaat malam selama 6 bulan berturut-turut saya pergi prenatal yoga. Bagi surirumah macam saya, dapat sejam untuk diri sendiri memang macam dapat pergi vacation punya seronok. Saya mula yoga dari masuk 2nd trimester hingga la ke week 38.

4. Writing a birth plan

Tulis birth plan dan bincang dengan doctor. Give and take mana-mana yang patut. Do it early. Saya memang upfront dengan doctor yang saya nak gentle vba2c masa first appointment lagi.

5. Attending Amani class with Hanz Jamaludin at 20w

Ni sebenarnya more to prepare my husband. Pasal saya nak dia on the same page as me. Like many mamas here, saya memag register dan bayar sendiri senyap-senyap, pastu baru beritahu dia. Sebulan in advance saya dah beritahu husband suruh ambil cuti, siap buat google event semua. Bagi tau mak siap-siap minta tolong babysit anak-anak for 3 days pasal kami nak pergi kelas. No choice, kena pergi pasal dah bayar.

6. Neverending research

Read the recommended books, baca segala kat GBG, ICAN, Spinningbabies. Saya baca Ina May, HypnoBirthing, dengan Amani book je sebenarnya. Tp baca banyak-banyak kali. Screenshot mana-mana yang penting dan WhatsApp pada husband. Tag husband di birth stories, share youtube links.

7. Osteopathy treatment at 33w

Doctor tu ajar pasal acupressure points, dan buat treatment dekat my spine, pelvis, dan belakang, dengan betulkan flow mana-mana yang sangkut.

8. Birth plan party with Hayati Muzaffar

Salah satu session utk release emotional baggage pasal my previous csects. Learn a lot from her.

9. GBG sharing session with Nadine Ghows

Session ni dibuat setiap bulan. Sila la join untuk belajar dari pengalaman ibu-ibu yang lain. Previous pregnancy saya ada join Gentle Birth workshop by her also.

10. VBAMC sharing session hosted by Liyana Anaqi and Mazneera Zainal

Ni pun must attend session kalau admins buat lagi. Pengalaman dari orang yang sudah berjaya VBAMC. Yang datang masa sharing ni pun akhirnya ramai dah berjaya capai VBAMC.

11. Diet

Jaga pemakanan. Self explanatory kan? Less carb, more protein, cut down on processed food, less sugar. Saya minum RRLT dari week 20 pasal from my reading, fungsi dia utk tone uterurine muscle, bukan induce labor. Tp buat cair-cair je la, satu sachet tu guna 2 kali. Total 3 kotak saya minum. Saya tak makan habbatussauda pasal pernah baca dia boleh menyebabkan contractions. Lain-lain termasuklah VCO, EVOO, madu, kurma, folic acid, Neurogain,Vit C 1000mg, and B complex and EPO towards the end of pregnancy. Tapi sebelum ambil apa-apa supplement, sila la discuss dengan doctor masing-masing and do your own research. Masa pregnant memang BP dan urine saya ok every month, tiada GDM, takde GBS.

12. Walk a lot

Basically kalau jalan-jalan lebih 3 jam tu dapatlah 10k langkah.

13. Gym ball exercise

Sangat berguna masa layan surges kat rumah atau hospital. Ada 2 size, 55cm dan 65cm diameter. Sebelum beli, make sure research dulu yg mana satu yg sesuai.

14. ECV at 33w

Baby saya masih dlm kedudukan tranverse sampai week 33. Masa check up, doctor nak buat ECV untuk pusingkan baby dan saya pun setuju. Memang masih awal lagi sebenarnya dan baby still ada masa untuk turn tapi ni pun salah satu usaha saya. ECV pun ada pros and cons, sila research juga option ni. Alhamdulillah, lepas procedure je tu, kepala baby pusing ke bawah dan stayed there.

15. Pregnancy and labor playlist

Cari breathing techniques dan birth video yg best2 kat youtube dan compile my own playlist.

16. Swimming

Sempat la jugak pi swimming a few times. Ingat nak buat weekly jugak tapi tak kesampaian.

17. Sleep on my left

Memang consciously akan baring mengiring ke kiri masa tidur dan rilek-rilek kat couch. Bolster memang kena ada.

18. Puasa penuh

Alhamdulillah, Ramadhan tahun ni saya dapat puasa penuh. Pertama kali sejak berpuluh tahun lamanya. So my baby ni saya namakan Ryan (Sempena Ar-Rayyan, pintu syurga utk orang yg selalu berpuasa).
Doktor memang particular soal weight gain pasal takmo baby besar sangat. So berpuasa dapat control jugak my weight gain.

19. Continue to breastfeed until beginning of third trimester

Masa pregnant saya ada toddler yang masih menyusu. Saya continue BF untuk genapkan 2 tahun. 5 bulan pertama pregnant+bf. Ambil masa sebulan juga nak wean-offkan dia. Dapat juga BF anak kedua 25 bulan. Masa third trimester memang saya nak restkan boobies pasal nanti nak renew contract lagi 2 tahun pula lepas ni. Ni pun salah satu cara saya control weight gain.

20. Solat like normal

Previous pregnancies, saya solat duduk masa dah hujung-hujung tu. But this time, solat berdiri all the way. Sujud kan ala forward leaning inversion jugak?

21. Lots of specific doa

I bayangkan my dream birth dan doa setiap hari.

Ada lagi sebenarnya yang saya tak sempat nak buat. Didn’t manage to try homeopathy and using essential oil. Dengan usaha dan ikhtiar serta doa yg tak putus-putus, akhirnya saya dapat juga water birth after 2 c-sect seperti yang diidam-idamkan.

3 comments:

  1. Sis..mohon bantuan jugak..sy dh second ceaser..tapi lebih kepada suami pun perlu knowledge ni..scar massage tue cmne??leh ajar x??thanks sbb kongsi cerita..btol2 membantu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...