Sunday, November 23, 2014

Satisfying empowered natural birth in hospital




Disclaimer : Permission obtained from rightful owner of this birth story for educational purposes. 


Lepas attend Amani Birth class dgn Hanz memang semangat sangat nak homebirth. Tapi ada rasa tak ready juga. Saya lambat decide nak bersalin kat mana sebab tak sure, tapi last2 decide nak backup juga kalau2 kena pergi hospital. Sebenarnya silap cara ni sebab dlm mindset dah kena fix nak bersalin kat mana.
Bila buat ujian air gula doc kategorikan GDM. Due date baby sepatutnya 29th September. Tapi doc dah beritahu kalau masa tarikh tu takde sakit nak bersalin, kena datang jugak untuk induce. Katanya ibu GDM ada risiko baby akan meninggal masa dilahirkan. Tapi saya decide untuk ignore invitation induce tu sebab rasa baby ok aje, insya'Allah. Tapi akan monitor pergerakan baby jugak. Sempat juga consult Hanz dan Hanz pun beri opinion yang sama.
Pagi 29th September dah rasa sakit yang semacam. Tapi tak kuat dan boleh buat aktiviti macam biasa lagi. Dah stand by sebab rasanya malam ni akan mula surges yang real punya. Memang betul start pukul 1 pagi dah start surges sebenar. En.Suami dah tanya nak pergi hospital ke? Tapi rasanya boleh tahan lagi, saya pergi main gym ball dan banyakkan jalan turun naik tangga. Pukul 3 pagi dah kuat dan kerap surges ni, saya contact Hanz, nak dapatkan advice sebab hati rasa nak homebirth, fikiran nak ke hospital. Hanz kata sekrg dah patut fix, satu je, hospital or homebirth (dlm kelas pun dah diberitahu sebenarnya, tapi saya ni yang susah nak decide..huhu) Hanz advice untuk mandi dulu kalau rasa lambat lagi. So, lepas tu saya pergi mandi dan berendam dalam pool. En.Suami la yang gigih mengisi air suam dalam pool, sebelum tu dah gigih carikan pool dan gym ball..hehe.Masa berendam memang start rasa sakit yang 'lain', kuat sakitnya. Terus ajak En.Suami pergi hospital, sebab rasanya dah sampai masa. Lepas hantar anak2 kat rumah parents, terus pergi ke KPJ. Alhamdulillah pagi tu kereta tak banyak. Sampai aje emergency entrance, air ketuban pecah. Bersalin sebelum ni air ketuban nurse yang pecahkan, bila pecah sendiri ni baru la tau, ooo macam ni rupanya pecah natural.

Dekat wad emergency tu nurse terus suruh baring nak buat CTG. Tapi tak jadi sebab doc check bukaan dan kata dah fully dilated. Dekat labour room pulak, kecoh sikit sebab nurse nak bagi gas untuk elakkan baby keluar awal atas sebab nak tunggu doc. Tapi saya kata takpe, kalau takde doc pun, lagipun masa 1st birth dah merasa gas ni, tak membantu saya, rasa nak muntah dengan loya yang datang. Masa tu ada juga tolak I.V drips dengan request nurse supaya tak baringkan katil. Lepas tu saya remind nurse untuk DCC. Nurse ni macam serba salah, dia call doc dulu, akhirnya dia kata doc bagi tapi delay 5 minit aje.
Masa bersalin pulak nurse suruh baring, position yang susah nak nampak kepala baby, saya pulak nak duduk 45°. Mungkin sebab asyik berubah posisi ada juga tear sikit.
Alhamdulillah baby keluar lepas 3 kali breath out. Ini 1st time En.Suami masuk masa bersalin, memang rasa lagi semangat masa nak bersalin. Dia duduk sebelah dan bagi semangat nak push, lepas tu inform saya, baby dah keluar sampai mana. Terus teringat Hanz ajar dalam kelas tentang peranan suami. Besar impact rupanya.

Lepas baby keluar nurse suruh ambil baby untuk skin to skin dan breastfeed. 1st time jugak merasa macam ni. Masa ni tali pusat pun tak potong lagi. Feeling yang sangat best.

Tak lama lepas tu doc datang untuk stiches. Alhamdulillah, ni consider pengalaman bersalin yang terbaik sekali. Saya sebenarnya bukan jenis suka argue atau demand macam2, tapi kali ni terpaksa jugak sikit sebab nak make sure ikut birth plan.
En.Suami excited pulak, siap cakap kalau mcm ni tiap2 tahun bersalin pun dia ok. Lepas tu bising kat saya sebab dia kata patut dia yang cakap kat nurse pasal DCC semua tu. Haih.
Apa-apa pun terima kasih banyak dekat Hanz dan group GBG sebab sudi berkongsi ilmu dengan kami. Alhamdulillah, merasa juga No CTG, No AROM, No IV drips, dapat skin to skin baby dan dapat DCC.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...