Tuesday, September 23, 2014

Vaginal birth after caesarean in hospital | Baby Amira birth story

Disclaimer : Permission obtained from rightful owner of this birth story for educational purposes. Copied from original owner's blog post : Amira's Gentle Birth Story


Ok tibalah entry yg ditunggu-tunggu. Tapi sebelum itu ribuan ampun dan maaf dipinta pada rakan-rakan yg menunggu cerita ini. Dah sebulan lebih beranak baru karangan siap.hehe…

Alhamdulillah. Kelahiran anak ke-2 kali ini dipermudahkan Allah. Sakit tetap rasa tapi tidak lama seperti waktu bersalinkan Aliya dulu, 14 jam dalam labour room + 6 jam tak boleh bangun selepas bius. So total is 20 hours before I can hold and breastfeed her. Itu cerita sakit masa nak beranak. Lepas beranak pula I sufferred back pain for almost 1 year. Bila cuaca sejuk je terasa sakit di tempat yg dibius tu. Rasanya ngilu dan mencengkam. Derita tahu. So, for this second birth I don’t want my belly to be cut open for the second time. Untuk mencapai impian itu, banyak usaha diperlukan. Bukan setakat hanya berharap. I do a lots of reading, baca birth story dan tanya pengalaman kawan-kawan yang berjaya VBAC/VBAMC di group GBG dan ICAN, jaga kesihatan dan pemakanan, do exercise, pergi birth preparation class dan akhir sekali tidak putus berdoa. Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia melihat dan mendengar segala usaha dan doa kita.

So, here goes the birth story of my second daughter, Amira.



12 August 2014

EDD is on 16/8 but I hope that the baby will come out on 17/8 so that we can share the same birthday date and celebrate it together =P

Allah lebih mengetahui dan Dia adalah sebaik perancang. Bloody show datang pada subuh 12 August (sama macam Aliya dulu, bloody show pada waktu subuh). So dalam hati rasa baby mungkin akan keluar hari ini atau paling lewat esok pagi. Bagi tahu En.N supaya off from work hari ni.

9.00 a.m - dah terasa surges yang kerap. Pergi sarapan makan roti canai dulu. Masa sarapan tu berapa kali stop makan buat deep breathing sebab surges datang. Puas nak menghabiskan sekeping roti canai. En.N ajak pergi hospital terus lepas sarapan but I refused. Nak balik rumah dulu. 

10.30 a.m - Timing surges guna apps contraction timer. sudah 5 minutes apart. Kat rumah layan sakit dengan hot shower. Memang terasa sangat-sangat lega bila warm water mengalir di belakang badan. Lama duduk dalam bilik air sampai En.N ketuk pintu tanya saya ok ke tak. Lepas keluar dari bilik air minta En.N bukakan pool dan isikan air. Rasa macam nak berendam. Masa jadi badak berendam tu banyak kali En.N tanya sambil gelak2 “Nak beranak kat rumah ke?”. Saya pun juga sambil gelak jawab ”Ye la, nak beranak kat rumah la ni. Nak home water birth”. Senyap kejap dia. Lepastu  dia cakap “Hang, biar betui. Siapa nak jadi bidan ni nanti?”. Terus dia speaking utara. Haha…Saja menyakat. So saya jawab “Kita pergi hospital lepas solat zuhur” (*-*)

2.00 p.m – Sampai di GMC. Alhamdulillah orang tak berapa ramai. Bagi tahu nurse saya dah ada rasa surges lima minit sekali. Buat CTG dan terus kene admit.

4.00 p.m – Dr. Hamiza datang buat VE. Sudah 4cm dilated. Masa dalam bilik tu saya makan kurma nabi,minum air zamzam dan juga air red raspberry leaf tea yang di bawa dari rumah. Bila surges datang saya buat deep breathing dan juga mandi hot shower sambil hip sway. Doa Nabi Yunus memang tak putus baca. Dan juga “Yaa Fattaahu Yaa Rahman Ya Rahim” (Wahai Zat Pembuka Pintu Rahmat, Wahai Zat Yang Maha Pengasih, Wahai Zat Yang Maha Penyayang) dari bukaan satu sehingga baby lahir.

8.45 p.m – My parent datang bawa Aliya. Bila tengok dia bergenang air mata ni. Ambil dan peluk cium dia.

9.10 p.m – Dah tak boleh tahan rasa sakitnya. En.N bagi tahu nurse dan nurse call Dr.Hamiza yang masa tu berada di klinik di Damansara Damai. Dah rasa macam nak meneran tapi nurse cakap kalau boleh tunggulah doktor sampai dan saya disuruh mengiring ke kiri.

9.30 p.m - Dr. Hamiza sampai di GMC. Buat VE and I was 9 cm. Doctor pecahkan air ketuban dan terus rasa nak meneran. Teran kali yang pertama takde apa-apa. Kali ke-2 teran doktor dan En.N dah nampak rambut baby. Teran kali yang ke-3 baby terus meluncur keluar tepat jam 10.00 p.m. Sangat licin dan laju dia keluar. Nasib baik doktor Hamiza sempat 'tangkap'. Doktor ambil baby dan terus letak atas dada. Sangat sebak masa ni. Alhamdulillah banyak yang Allah telah permudahkan bersalin kali ini. Dapat jumpa doktor yang support VBAC, islamic birth centre practice, nice and helpful nurses dan all my wishes doktor hamiza tunaikan; immediately skin to skin with the baby, dapat delay cord clamping utk baby, no IV drip, no episiotomy and no gas or pain killer. Doktor hanya lap sikit-sikit je badan baby dan malam tu baby tido dengan masih ada baki vernix menyaluti badan, wangi. En.N also was honoured to cut the ribbon (baby cord) after it stop pulsating. He was with me in the labour room from the beginning seeing me in pain, baby come out and until I get stiches. Allahuakbar. Allah the Almighty. Thank you for giving us this opportunity and a sweet moment to be remember for the whole life. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...