Showing posts with label Birth Tips. Show all posts
Showing posts with label Birth Tips. Show all posts

Tuesday, October 20, 2015

Lifetime Gentle Birth Knowledge Pays Off





DISCLAIMER : Permission obtained from the rightful owner of this birth story and minimal editing is done on spelling for better reading but the content is maintained its originality for education purpose. Kindly seek permission from site owner if you wish to share amongst your network.

Hari ni sudah hari kelapan kelahiran anak keempat saya dan baru berkesempatan untuk share serba sikit kisah kelahiran.
Bermula dari awal kehamilan saya checkup di Hospital Columbia Asia Cheras Balakong. Setengah jam perjalanan dari rumah untuk ke hospital tersebut. Memilih keputusan ini walaupun ada hospital yang lebih hampir dari rumah di Bangi kerana review dari GBG yang pernah mendapat gentle birth di hospital ini.

Braxton Hicks di kawasan bawah perut sejak minggu ke-20+.
Hari Raya Haji (minggu ke-37): Sakit pinggang banyak kali sejak malam. Sedang berhari raya di Melaka. Checkup di Hospital Jasin, ada mild surge tapi tiada bukaan. Beg kelengkapan ke hospital tak dibawa balik kampung. Jadi buat keputusan untuk tinggalkan anak-anak lain di kampung, dan balik berdua ke Bangi dengan suami untuk bersiap ke Hospital Columbia Asia. Mild surge hingga ke tengah malam. Tak jadi ke hospital sebab tengah malam surge berhenti.

Ahad, 4/10/15
Terjaga tersentak jam 3 pagi surge di bawah perut. Tak dapat tidur semula hingga ke siang hari. Mild surge datang dan pergi, sekejap-sekejap. Jadi ingat hanya braxton hicks seperti selalu.
Tengah hari: Download contraction timer di telefon bimbit. Terdetik adakah hari ini harinya? Naluri tergerak untuk masak bihun goreng banyak-banyak cukup untuk makan tengah hari dan makan malam sekali. Sambil memasak sambil tekan timer di handphone. Setelah beberapa bacaan ditekan, muncul 'amaran' di app iaitu sudah masanya untuk ke hospital. Saya tunjuk app pada suami dan berbincang. Bersetuju untuk pergi jika surge makin kuat atau keluar tanda.
Petang: Berziarah ke rumah baru ipar di Bandar Sri Putra. Surge makin terasa tapi masih boleh bertahan. Naluri masih ragu-ragu sebab tiada keluar tanda lagi. Ketika perjalanan pulang, teringin nak shopping di MR DIY tapi suami ajak balik sebab kepenatan. Makan bihun goreng pada lewat petang sambil layan surge.

Monday, October 12, 2015

Water Birth Posterior Baby After Two Cesareans

DISCLAIMER : Permission obtained from the rightful owner of this birth story and minimal editing is done on spelling for better reading but the content is maintained its originality for education purpose. Kindly seek permission from site owner if you wish to share amongst your network.

WBA2C at Hospital Pantai, Cheras.
Alhamdulillah, perjuangan saya untuk mendapat vba2c telah berjaya bulan lepas. Saya kongsikan cerita ini supaya sesiapa yang masih mencuba untuk vbac terus berusaha dan jangan sesekali putus asa.

Sabtu 5 Sept 2015 (Genap 39 minggu).
Lepas solat Subuh saya baring-baring kejap. Terasa air meleleh keluar. Pergi check kat bilik air, air yg keluar warna coklat cair. Rasa happy campur risau sikit. Happy pasal rasa dah nak jumpa baby dah ni, risau pasal air ada warna la pulak, bukan clear. Tapi tak ada bau. Surges ada tapi sikit-sikit sahaja. Saya siapkan barang-barang dan bawa anak-anak ke rumah mak. Sepanjang hari surges come and go. Leaking masih ada, kena tukar pad a few times. Air masih warna coklat cair. Dah lewat petang baru dapat 5-1-1 dan lepas Maghrib saya ajak husband pergi hospital.

Some lucky mamas bila dah 5-1-1 tu, sejam lepas tu dah bersalin. Saya pulak, jalan baru buka 2cm, baby pun masih tinggi lagi kat -2 station. Beritahu Hanz, dia suruh balik je dulu. Hehe.. Tp since dah leaking dari pagi, fluid pulak ada color, dan surges pun dah pick up I decided to stay at the hospital. Kena administer antibiotik. (Saya tak sempat baca buku Dr. Tadashi sebelum ni so saya pun ok je la psl antibiotik tu).

Admitted at 9.30pm. Lepak kat bilik dgn gym ball, kurma, air zam-zam, dan 1000mg Vit C, sambil dengar ayat Quran dan birth affirmations ulang-ulang. Saya kena buat ctg monitoring di labor room every 6 hours rasanya. Tapi guna yang wireless punya so still ada freedom of movement la, takdelah terbaring je. Habis ctg, balik bilik dan tidur dulu.

Tuesday, October 6, 2015

How this Mama prepare for her success on Vaginal Birth After 2 Cesareans


DISCLAIMER : Permission obtained from the rightful owner of this sharing tips. Kindly seek permission from site owner if you wish to share amongst your network.

Saya pun nak share my VBA2C prep.
Masa saya tengah pregnant dulu, saya lagi seronok baca prep mamas semua untuk VBAC dari the successful birth story itself. So I will share my preparations, mana tau ada orang yang boleh dapat manfaat juga.
In no particular order (cos semua pun penting):
1. Finding the right health care provider

Bukan saja perlu cari doktor yang sokong usaha kita, nurses pun kena yang pro gentle birth dan cari hospital policy yang mother and baby friendly pun sama penting. Saya tinggal di Shah Alam tapi sanggup je pergi monthly check up di Seri Kembangan seorang diri pasal majority hospital yang laga dekat dengan rumah memang saya blacklist (based dari pengalaman sendiri dan pengalaman ibu-ibu lain). Mak dan suami saya sendiri mula-mula memang pelik apsal la nak pergi check up jauh-jauh.

2. Scar massage

Saya start dari mula je dapat tahu saya pregnant. Tak la setiap hari tapi maybe seminggu 3-4 kali kot. Buat selagi perut tak besar dan cover scar. Video cemana nak buat ada dlm group ni.

3. Weekly prenatal yoga 

Setiap Jumaat malam selama 6 bulan berturut-turut saya pergi prenatal yoga. Bagi surirumah macam saya, dapat sejam untuk diri sendiri memang macam dapat pergi vacation punya seronok. Saya mula yoga dari masuk 2nd trimester hingga la ke week 38.

4. Writing a birth plan

Tulis birth plan dan bincang dengan doctor. Give and take mana-mana yang patut. Do it early. Saya memang upfront dengan doctor yang saya nak gentle vba2c masa first appointment lagi.

5. Attending Amani class with Hanz Jamaludin at 20w

Ni sebenarnya more to prepare my husband. Pasal saya nak dia on the same page as me. Like many mamas here, saya memag register dan bayar sendiri senyap-senyap, pastu baru beritahu dia. Sebulan in advance saya dah beritahu husband suruh ambil cuti, siap buat google event semua. Bagi tau mak siap-siap minta tolong babysit anak-anak for 3 days pasal kami nak pergi kelas. No choice, kena pergi pasal dah bayar.

6. Neverending research

Read the recommended books, baca segala kat GBG, ICAN, Spinningbabies. Saya baca Ina May, HypnoBirthing, dengan Amani book je sebenarnya. Tp baca banyak-banyak kali. Screenshot mana-mana yang penting dan WhatsApp pada husband. Tag husband di birth stories, share youtube links.

7. Osteopathy treatment at 33w

Doctor tu ajar pasal acupressure points, dan buat treatment dekat my spine, pelvis, dan belakang, dengan betulkan flow mana-mana yang sangkut.

8. Birth plan party with Hayati Muzaffar

Salah satu session utk release emotional baggage pasal my previous csects. Learn a lot from her.

9. GBG sharing session with Nadine Ghows

Session ni dibuat setiap bulan. Sila la join untuk belajar dari pengalaman ibu-ibu yang lain. Previous pregnancy saya ada join Gentle Birth workshop by her also.

10. VBAMC sharing session hosted by Liyana Anaqi and Mazneera Zainal

Ni pun must attend session kalau admins buat lagi. Pengalaman dari orang yang sudah berjaya VBAMC. Yang datang masa sharing ni pun akhirnya ramai dah berjaya capai VBAMC.

11. Diet

Jaga pemakanan. Self explanatory kan? Less carb, more protein, cut down on processed food, less sugar. Saya minum RRLT dari week 20 pasal from my reading, fungsi dia utk tone uterurine muscle, bukan induce labor. Tp buat cair-cair je la, satu sachet tu guna 2 kali. Total 3 kotak saya minum. Saya tak makan habbatussauda pasal pernah baca dia boleh menyebabkan contractions. Lain-lain termasuklah VCO, EVOO, madu, kurma, folic acid, Neurogain,Vit C 1000mg, and B complex and EPO towards the end of pregnancy. Tapi sebelum ambil apa-apa supplement, sila la discuss dengan doctor masing-masing and do your own research. Masa pregnant memang BP dan urine saya ok every month, tiada GDM, takde GBS.

12. Walk a lot

Basically kalau jalan-jalan lebih 3 jam tu dapatlah 10k langkah.

13. Gym ball exercise

Sangat berguna masa layan surges kat rumah atau hospital. Ada 2 size, 55cm dan 65cm diameter. Sebelum beli, make sure research dulu yg mana satu yg sesuai.

14. ECV at 33w

Baby saya masih dlm kedudukan tranverse sampai week 33. Masa check up, doctor nak buat ECV untuk pusingkan baby dan saya pun setuju. Memang masih awal lagi sebenarnya dan baby still ada masa untuk turn tapi ni pun salah satu usaha saya. ECV pun ada pros and cons, sila research juga option ni. Alhamdulillah, lepas procedure je tu, kepala baby pusing ke bawah dan stayed there.

15. Pregnancy and labor playlist

Cari breathing techniques dan birth video yg best2 kat youtube dan compile my own playlist.

16. Swimming

Sempat la jugak pi swimming a few times. Ingat nak buat weekly jugak tapi tak kesampaian.

17. Sleep on my left

Memang consciously akan baring mengiring ke kiri masa tidur dan rilek-rilek kat couch. Bolster memang kena ada.

18. Puasa penuh

Alhamdulillah, Ramadhan tahun ni saya dapat puasa penuh. Pertama kali sejak berpuluh tahun lamanya. So my baby ni saya namakan Ryan (Sempena Ar-Rayyan, pintu syurga utk orang yg selalu berpuasa).
Doktor memang particular soal weight gain pasal takmo baby besar sangat. So berpuasa dapat control jugak my weight gain.

19. Continue to breastfeed until beginning of third trimester

Masa pregnant saya ada toddler yang masih menyusu. Saya continue BF untuk genapkan 2 tahun. 5 bulan pertama pregnant+bf. Ambil masa sebulan juga nak wean-offkan dia. Dapat juga BF anak kedua 25 bulan. Masa third trimester memang saya nak restkan boobies pasal nanti nak renew contract lagi 2 tahun pula lepas ni. Ni pun salah satu cara saya control weight gain.

20. Solat like normal

Previous pregnancies, saya solat duduk masa dah hujung-hujung tu. But this time, solat berdiri all the way. Sujud kan ala forward leaning inversion jugak?

21. Lots of specific doa

I bayangkan my dream birth dan doa setiap hari.

Ada lagi sebenarnya yang saya tak sempat nak buat. Didn’t manage to try homeopathy and using essential oil. Dengan usaha dan ikhtiar serta doa yg tak putus-putus, akhirnya saya dapat juga water birth after 2 c-sect seperti yang diidam-idamkan.

Monday, October 5, 2015

Spontaneous Gentle Natural Birth In Hospital






DISCLAIMER : Permission obtained from the rightful owner of this birth story and minimal editing is done on spelling for better reading but the content is maintained its originality for education purpose. Kindly seek permission from site owner if you wish to share amongst your network.

Ibu memasang angan-angan nak waterbirth before kahwin lagi. Masa tu tau pasal waterbirth lepas tengok wife Sheikh Muzaffar bersalin method ni. (Waktu tu muda remaja lagi) Lepas dah kahwin, dan masa tu baru dapat tau pregnant, angan-angan untuk waterbirth masih lagi ibu pegang. Tapi tak tau apa-apa pasal gentlebirth ni. 

One day, Alhamdulillah Allah temukan ibu dengan birth story from a friend of mine. Dari situ ibu tau pasal gentle birth, Amani class dan HypnoBirthing class. Bila dah mencari-cari dan menggali ibu jumpa macam-macam group yang support natural birth dan gentle birth. Ibu korek-korek ilmu daripada situ. And then ambil keputusan untuk join kelas Amani selepas dah berbincang dengan Abi. Alhamdulillah Abi sangat mudah untuk terima dan join kelas ni bila ibu ajak. Tak banyak dalih terus je bersetuju. Thank you Abi~

Ibu join kelas Amani dengan Sis Hanz. Masa tu ibu baru pregnant 12 weeks. Awal sangat...? I think itu masa yg paling sesuai. Dari sabah berkerja tu bukan senang nak dapat cuti balik Semenanjung. Dah ada cuti tu, ibu tak lepaskan peluang yang ada. Terus grab. Alhamdulillah dipermudahkan Allah untuk ibu. Mintak cuti awal sehari dari sekolah, settle payment dengan Sis hanz, dapat la join kelas Sis Hanz tu. 
MasyaAllah! Hebat anugerah Allah bagi pada tubuh badan kita ni. Baaaanyak ilmu yg kita tak tau kita tau asbab kelas amani ni. Waktu pregnant minggu ke 37 pulak, ibu ada terbaca pasal seminar HypnoBirthing dari page Kak Ayuni. Once again, ibu ajak abi join. As for me, itu persediaan akhir dan untuk refresh balik apa yang dah pernah kami belajar masa kelas Amani dulu walaupun content sebenarnya tidaklah sama.

Thursday, September 17, 2015

Humble unplanned active birth at home | The birth of Nawraa Amana




DISCLAIMER : Permission obtained from the rightful owner of this birth story and minimal editing is done on spelling for better reading but the content is maintained its originality for education purpose. Kindly seek permission from site owner if you wish to share amongst your network.

NOTE BY BIRTH STORY OWNER :
It took me quite some time before I made the decision to share this story – OUR BIRTH STORY – to the world. Most probably due to the fear that people might take our childbirth as a “simple” and doable act, and wanting to do it blindly. Please, DON’T! So please understand the steps we have taken as a couple as you read our story to welcome our princess as gentlest as possible. All of this happen simply because, “Kun Fayakun”,  “Be and it is!”.
All praises to Allah, for He is the All-Knowing. May the sharing of this story will be an eye-opener to the vast knowledge of physiological birth to all readers out there, insyaAllah. And as the story-teller itself, let this tiny knowledge sharing be void of riaq, taqbur and ‘ujub. Again, He is The All-Knowing.  
First Pregnancy: 



Our first experience with pregnancy has been quite simple and was a typical hospital birth. Although I have been introduced to gentle birth and have been reading almost all the knowledge shared in the group. BUT, I was still not very well equipped with knowledge about; 1. Epidural and its possible risks and effects and oh c’mon.. Epidural, an equivalent to a pain-free birth, is naturally very enticing to a mother in painful, active labour. 2. I was not strong enough to say NO! to episiotomy that is against my knowledge and consent . And 3. I was also charged for a vacuum procedure (a friggin RM750!!) that was not even done to me. I felt like I was a failure. Like I was not a good enough mother for awhile there. You know, like why can’t I deliver like atuk nenek dulu? No pain-meds so powerful like that? Why am I so lembik? Yada yada yada. Oh well, I forgive myself now.


Fast forward, we were again blessed with our second pregnancy. This time, I didn’t want to repeat the same mistake of my ignorance and mousy-ness. I want to have a memorable birth, better breastfeeding start (baby free from the effect of any pain meds etc) and we will try as best we can to make it work! So we attended AMANI Birth class. Big shout out to my CBE teacher: Thank you so much Hanz! The class was worth it and we could not have done it without you! My husband was even more confident about birth that he himself said, “Kalau macam ni, Baba pun boleh sambut baby!” and I laughed it off with a nervous smile. Little did he know the effect of his words. Ehehe…

We also took care of our diet and fitness. I took a lot of natural food, sunnah food ie. Dates, raisins, honey and ate lesser junk/fast food. Kadang-kadang makan juga KFC. Hehe. But true enough, that gave me better reading of my hB than the pills. I was also fitter! I took brisk walking seriously towards the end of my trimester. Those who knew me will know how “un-fit” I was when it comes to anything related to sports. But for this pregnancy, Alhamdulillah… I managed to complete one month of Ramadhan fasting, all the while walking, and climbing up and down the third floor for all my three classes, which is located in different buildings, all over the school, DAILY! Round kampong sehari 3 kali setiap pagi ok kawan-kawan? I was not like this during my first so yeah, that is BIG! At least for me lah.. Give me a break ok fellas? ;P

36 Weeks : Went for usual monthly check ups with the doctors. Scan, scan, oh baby is oblique (diagonal)/breech. I was referred to a specialist the same day. So off I went (and got lost that took me almost 2 hours just to get to the hospital). Scan again, confirmed we have a breech. Unstable lie, which mean, kejap senget, kejap tegak, closer to heart, gitu. Hee..  

Summary:
1st doctor: Puan kena admit. Kita nak scan hari-hari. Kalau continuous breech, by 38th weeks kita perform LSCS (pucat lesi dah time ni! Cesarean was the last thing on my mind!).  By 38 weeks baby dah matang.
Me: Eh tapi saya ada history overdue. Tak boleh ke kita tunggu at least 40 weeks? Rugi perkembangan otak dan peparu baby. I know 38 weeks dah matang tapi sayanglah, masa tu perkembangan paling rapid.
The answer is still NO. So I was admitted. Takpelah. Then upstairs, I met a second doctor, I quickly minta discaj. She was confused a bit. Peliklah this mother.. Hehe.. But she was nice, really!

2nd doctor: Hmm. Ok, macam ni, we will admit you then perform scan regularly for three(3!!) days. Once baby cephalic, we will induce by rupturing your membrane. Kalau still breech then I perform ECV, which is 50/50 percent of success.  Also, if baby persistently unstable lie, suka pusing-pusing, then only we perform a c-section. (Bless her, she was so nice to explain it this far to me. Maybe I look too nervous sampai nak cabut lari terus!)
But I was adamant. I said, baby is small kan doctor (she said it herself) maybe that’s why dia boleh pusing-pusing lagi. Plus three days is a little too short a chance for my baby. I’m at 36 weeks. We have 4 weeks versus 3 days. Don’t you think it’s a little unfair? With my past overdue history, my baby could be a premiee should we proceed with induced labour at 38 weeks. Second pregnancy also means my uterus dah “longgar” so cannot grip the baby (she also said it herself) kan? Hehe. I promise will continue to monitor the baby everyday. Pleaseeeee.. Gelak nervous. Finally the doctor laughed at my stubbornness and let me go. Phew.. Kalau tak, 3 hari sebelum raya dah pantang dah..erk!

Then, 2nd day of raya, at my 38th weeks, I met my 3rd doctor;
She was quite senior and as she was scanning my tummy, she motherly said,
“Oh, second time mother memang biasalah tu baby tak masuk laluan lagi. Memang dia boleh pusing-pusing lagi sebab rahim dah meregang.. Jangan risau, selagi you are not in labour, selagi tu dia boleh berpusing. Pujuk-pujuklah dia supaya masuk laluan elok-elok. Even labour itself is a process to position the baby properly. Lainlah kalau dah takdir memang dia nak juga breech. Even kalau breech pun, still possible for a normal vaginal birth but it was no longer practiced in the hospital. It was a lost art. Anyway, see this round shape? It’s the head. Your baby IS head down. Everything is good. Alhamdulillah. Si kakak ni umur berapa tahun? Becoknyaa..bla bla bla..”

Again, syukur alhamdulillah. Lega sekali lagi. And baby remained cephalic, head down following check ups, up until birth. One of the best decisions made so far.
Oh what I did to encourage baby to be in this position? I went to seek advises from my AMANI CBE, Hanz told me to study spinningbabies.com website’s instruction like Forward Leaning Inversions (FLI) especially, 10 seconds leaning heads down, twice a day, squat more, walk even more, prolonged sujud (ambil peluang berdoa banyak-banyak masa ni),gently swaying my hips on my gymball whenever I felt the baby’s hiccups is down below (konon-konon supaya dapat grab kepala baby masuk laluan laa..haha!) I even met an osteopath to get checked up if my body is the one causing my baby to behave like that..hehe. I’ve got nothing to lose by trying all this methods.

I even met three different doctors (not including two I’ve met previously) that are willing to accept a normal (if possible) breech delivery. None found. But by then, I was no longer worried of my baby’s position. I wanted to keep calm and continue enjoying my last trimester happily. Risau tu ada juga but hey, I know I’ve studied my brain dry and I’ve tried every method possible for the sake of my baby to have a normal birth. Jika ditakdirkan breech and we need a cesarean, I know I have tried my best and I won’t regret it. Pentingnya faham dan terima qada’ dan qadar Allah selepas berusaha sedaya upaya.
But---- My baby have her own mind. Hehe.

By 40th week, I was still driving to school, tummy almost touching the steering wheel. Annoying okay? At 41 weeks, I was still climbing the stairs up and down that sometimes, I purposely avoid stairs with incoming teachers to avoid the same repetitive questions and the same repetitive answer. Bubs is not gonna stay inside forever, yes?

Well-meaning friends and relatives were getting worried as I was past due but looked as if I was in my early third trimester. Maybe the walking-every-morning routine was the culprit? My klinik desa’s nurse/friend was getting nervous as well. But I just smiled and promised to monitor baby’s movement as close as possible and wait for the baby to come out when she wanted to. “WHO recognized 42 weeks as not overdue, just post-date. Hehe.” I remember saying this to my nurse-friend. Member geleng kepala je la. Degil sungguh cikgu sorang ni..

The Labour Story:
14 August 2015 – Very mild cramping. Not painful at all. Went for karaoke after dinner with our little family.  Nawwar tertidur lepas nyanyi lagu dia, Twinkle,Twinkle Little Star. Haah, memang ada lagu tu dalam playlist. The cramping stopped and I carried her down back to the parking lot. Heavy lifting on purpose konon nak start balik contraction tapi tak juga. Acah je la tu. Balik rumah prepared underpad on our bed, in case of any leaks but still, none.
15 August 2015 – Started having mild irregular surges! Yey! Finally! Sempat pergi midnight movie-date with darling hubs at Setia City Mall en route back to Kampung Kuala. Nawwar was transferred to her tokwans beforehand. Tengok Tom Cruise tembak-tembak orang sambil tekan start/pause button kat contraction timer app. Balik rumah, tidur jelah. I instinctively know it will be quite some time before it will get regular. Husband kepoh a bit but bearable, like the irregular surges. Hehe.
16th August 2015 – Went hill-hiking at Bukit Malawati, Kuala Selangor. It has been awhile since we have our date without our bouncy bunny Nawwar so I think oxytocin may have played its part here. ;) By then, I’ve already texted my AMANI classmates about my progress. Surges came if I was mobile hence the more walking and hiking. Wow, tinggi jugalah Bukit Malawati tu. Stopped at certain points for squatting and stretching, and deep breathing. All husband-led coach. Untung isteri cikgu PJ. ;) Turun bukit, pekena roti canai Hamzah. Last time rasa teh ais. Balik rumah in-law pekena nasi dagang. Memang cucu tok Terengganu la ni. Kenapa ya? Read on..

Sunday, August 23, 2015

Determination and perseverance pays off for her second birth

DISCLAIMER : Permission obtained from the rightful owner of this birth story and minimal editing is done on spelling for better reading but the content is maintained its originality for education purpose. Kindly seek permission from site owner if you wish to share amongst your network.

Bismillahirahmannirahim.
First of all, thanks to Allah yang sentiasa bersama hambaNya dan melindungi setiap hambaNya. 

Tanpa Allah, tentu tidak smooth proses kelahiran anak kedua saya, Muhammad Aziz Isyraf. Second, thanks to my CBE, Hanz Jamaludin who giving me and husband to attend AMANI class to gain birth knowledge. Very priceless knowledge. Thanks to my husband who always be with me, supports me in whatever I decides and choose for our family. I would like to share my birth story which begins from early pregnancy till the hero safely delivered.

Sejak dapat tahu mengandung, saya dah tekad untuk menjaga kandungan sebaik mungkin. Saya memilih untuk 100% natural, tanpa sebarang ubat2an, kecuali beberapa makanan tambahan seperti VCO, EVOO dan pati delima. Saya tidak mengambil makanan segera, junk food atau makanan diproses. Saya banyakkan minum air kelapa (once a week or two weeks) dan air masak setiap hari. Kurma menjadi makanan wajib, kalau tidak hari2 pun, saya pastikan dlm seminggu 3-4 hari kurma menjadi santapan harian saya.  

Pada trimester ke-3, raspberry leaf tea menjadi minuman wajib hari2. Dalam masa yang sama, saya banyakkan senaman walaupun ada kalanya culas. Makanan harian biasanya makanan yg orang melayu ambil la. Hehehe nasi lemak, roti canai, bihun grg, nasi campur, buah2an, etc.
Sejak raya kedua (18/7/15), saya dah mula cirit birit. Sangkaan saya mungkin sebab salah makan pada hari raya pertama, maklumlah ada rendang, lemang, ketupat etc.  Tetapi cirit birit berlarutan hingga ke 30/7/15 (sehari sebelum bersalin). Ok, saya start msg hanz, my CBE, she did tell that cirit birit is one of the early sign of labour, but it could be due to hari raya  punya makan. Hehehe.

28/7/15 ada sakit2 sikit. Rasa macam senggugut, but not that strong. Lower abdomen memang sakit sejak seminggu sblm tu. Pergi ke klinik untuk check up. Baby’s head dah memang kt bawah. I msg to my bos start today, I will start work from home (huh, dah sakit sikit2, macam mana nk buat kerja ofis). Hahaha.

29/7/15 sakit2 dah tak ada. I did the 4 steps to monitor, after bangun tidur, sakit hilang. Aish baby still syok duduk in my womb. 

30/7/15 I msg hanz informed her ada lendir keluar while was bathing. It was whitish pada mulanya, then ada lendir keluar. Hanz asked sakit tak, I told her tak sakit. It was colourless (a bit brownish). Pada petang tu, I asked hubby to buy me air kelapa. It was last air kelapa I minum hehehe.
31/7/15 I feel sakit balik. Minta hubby jangan ke office as I really need him and asked his favour to send our daughter to babysitter’s house alone. At 12pm, i did a bit exercise and do ‘natural inducer’. Hehehe. With hubby’s help. After hubby came back from solat jumaat, surges dah start. A bit strong. I checked, it was 10 minutes gap. I told hubby, let’s get ready, I feel the surges already. It was 3pm. I called my sister, asked her to pick up daughter. Then siap2 barang2 utk ke hospital. At the same time, I sempat siapkan parcel utk pengeposan. Huuhuhu. After took lunch, terus ke pejabat pos settlekan pengeposan barang customer. Then straight heading to Hospital Serdang. On the way, I msg hanz and my Amani classmate group to inform I was on the way to hosp. Surges was 5:1:1.

Sebaik sampai di dewan bersalin Hosp Serdang, register terus. 5 mins after that, my named had been called. Bacaan tekanan darah di ambil and terus ke toilet untuk ambil urine. A while after that, doc asked me to lie on the bed for ctg. More than 1 hour, I tak leh tahan dah dgn ctg tu cause I start rasa sakit belakang. Sakit belakang ni memang dah bertahun rasanya. Requested politely to the nurse and doc that I nak stop ctg. Initially doc declined my request cause dia ckp ctg tu penting, but I keep 
stressing to him (male doc) that I rasa sakit sangat kt bahagian belakang. I really wanted the ctg to be stopped. Doc reconsidered and asked another 10 mins then they would stop it. Ok I was fine with it. Ctg done. I proceeded to rest at waiting area in the dewan bersalin. While sit there, I felt the surges became strong. Each time surges datang, sakit kat belakang juga kuat.  So I decided to have a walk while listening to my fav song in youtube. Guess what? I watched Muse concert. Hahaha. Cause I like Muse songs so much. Rock pun rock la. Janji I boleh relaks sikit. Hahaha. But relaks tak berpanjangan, masa tengah berdiri kat sofa suddenly, a sound ‘pop’ came out. My water has broken. 

Another mom sitting near the sofa, helped to inform the nurse that my water dah pecah. Nurse asked me to lie on the bed again, doc wanted to do VE. After tukar baju and pad, I lied on the bed. Doc did the VE. Doc mentioned it was 6cm dilated. On the spot, doc instructed nurses to push me to LR. It was 7.30pm. Once sampai kt LR with hubby beside, the surges became more strong. Allah… I was a bit panic. Muka pun jadi stress. Doc and nurses left us alone. Hubby kept trying to calm me. Then I realised I must over calm the stress. I risau lambat fully dilated. Aishhh.. 

Nurse datang to check me, and remind me to baca ayat2 Al-Quran yang I ingat, termasuk mengucap 2 kalimah syahadah juga. Hubby keep supported me and rub my back. While waiting in the LR, actually nurse dah pasang CTG semula. I jadi lg macam nak marah. Cause I tak suka ctg. Hahaha. I tanya nurse, berapa lama ctg ni. She said, ctg akan dipasang sehingga baby keluar. I was like??? 
Huh… gila la mcam ni. Ok takpe. We’ll see how. Then a female doc came to check me. She did the VE. Again, it was 6cm dilated. Before she left us, I cakap I tak mahu CTG ni. She declined my request as she said it was hospital standard procedure. Then I realised, I must use this opportunity to swap with my deal. Hahaha.
I cakap, ok, I boleh accept ctg but I want 3 things, please consider. Muka doc tu terkejut. (mesti dalam hati dia, eh eh nak apa plak patient ni). Hahaha. I said, I want DCC until it stop pulsating, skin to skin and breastfeed within 30mins or as fast as it can. Doc tercengang, then another docs came in, perhaps her boss la. They were discussing about my request. Luckily, they said, Ok puan tak jadi masalah. Fuhhh I Tarik nafas lega. Lega la sgt, masa tu surges memang kuat gila. Rasa nk marah je. 
Hahaha.
They left us again. For a few hours juga la. Within the time, the surges came were super duper strong. I did deep breathing. At 10pm++, each time surges datang, sakit belakang menjadi2. With deep breathing, sometimes I can overcome sakit tu, but bila dah lama2, badan I akan menggigil. But I still try my best until when I feel baby head dh dekat macam nak keluar, I seakan tak mampu nak bantu baby. Many times attempted but still baby head tak Nampak lagi. 

At 10:50pm, 2 docs and 2 nurses came and informed they will put drip on me. They said they will put ubat dalam drip untuk percepatkan bukaan. And I was huh?? For what? I dah rasa kepala baby betul2 dh dkt ‘pintu’.  Luckily, when the doc did VE, she said, no need, baby head’s dah very close. But nurse insisted me to put drip cause I was really dehydrated. All the docs and nurses ready to help baby out. Doc mentioned, we cant wait anymore, since baby head dah dekat. Hence, we will need you to teran. I almost macam kecewa sangat. Kecewa sebab tak dpt bantu baby keluar secara natural. So I followed their plan. Nurse instructed me how to push. Once doc suruh teran, I teran, and there it goes, kepala baby pop out finally, then another teran. The doc then bawak baby terus tunjuk pada i. I cant remember much the actual event. Macam lalok pulak time tu. Hahaha.


I consider not 100% gentle birthing, cause the way baby keluar tak natural. Huhuhu. But syukur sangat, after that, I got DCC, skin to skin, breastfeed once skin to skin done and no vaccine too. 
Moreover, I got no induce, no episiotomy, no ubat tahan sakit also and no epidural (yeayyyyyyy). 
Syukur sangat2. I noticed vernix pada badan my son clear. He also tak kena jaundice.

Sunday, May 24, 2015

Smooth homebirth | The birth of baby Husna Ilmi




DISCLAIMER : Permission obtained from the rightful owner of this birth story and no editing is done to maintain its originality for education purpose. Kindly seek permission from site owner if you wish to share amongst your network.

23 April 2015 (Khamis)
Di rumah pada waktu petang, saya sempat mencuci tandas. Pada hari ini juga, saya dan suami mencuba natural inducer (making l0ve). Pada tengah malam, saya merasa sakit tetapi tidak pasti akan bersalin atau tidak kerana sudah seminggu saya mengalami sakit yang datang dan pergi. Untuk kesekian kalinya, saya meminta suami mengepam pool dan pada kali ini barulah suami mengepam dan  mencuci pool. Pada malamnya saya tidur seperti biasa.

24 April 2015 (Jumaat)
Sekejap tidur, sekejap ke toilet, sekejap rasa sakit. Antara jam 3-4 pagi, saya cuba juga untuk mengira selang waktu kesakitan, setiap setengah jam. Ketika ini, saya meminta suami mengisi air di dalam pool. Ketika rasa sakit, saya hanya mampu menidurkan diri, menyembam muka ke bantal, membuat angry cat dan ke toilet. Seingat saya sebelum subuh sudah keluar tanda darah.
Jam 6.00 pagi, suami menyiapkan tiga orang anak untuk ke sekolah, taska dan transit. Saya pula dalam keadaan tidur yang lena dan tidak lena. Saya dan suami mengambil cuti pada hari ini. Di rumah, hanya saya dan suami sahaja.
Jam 7 lebih, saya menghubungi pejabat mengatakan saya mc pada hari ini.
Jam 8 lebih, sempat juga saya wassap group family meminta maaf.
Jam 9 lebih, suami memberitahu mahu keluar membeli sarapan. Saya berbelah bagi, saya kata tak perlu sarapan. Saya melayan sakit di atas katil sahaja. Beberapa kali juga saya ke toilet pada pagi ini.
Sehinggalah pada jam berapa saya tidak pasti, saya ke toilet lagi, seperti mahu membuang air besar. Selepas melaksanakan hajat, saya merasa keliru, ada rasa seperti mahu bersalin atau membuang lagi.
Saya membersihkan diri dan segera ke dapur (tempat terletaknya pool yang sudah tersedia awal pagi lagi). Saya masuk ke dalam pool, saya bersandar dan terasa lega sangat. Suami menambah air panas ke dalam pool. Sensation datang, saya cuba untuk duduk bersandar, terasa bukan posisinya. Saya bertukar ke posisi all four, rasa lebih selesa. Bunyi suara yang tidak pernah keluar ketika saya bersalin tiga orang anak sebelum ini terkeluar.
Sensation datang lagi, Allah... saya merasa crowning… saya menyuruh suami melihat, ada apa-apa tak… mungkin dalam keadaan all four, suami tak nampak apa pun. Sensation datang lagi, terasa mahu meneran, kepala baby keluar. Relaks sekejap. Teknik pernafasan memang ke laut. Suami memang standby di belakang menyambut baby. Sensation datang lagi, keluar lagi bahagian yang seterusnya. Suami beri semangat, sikit lagi…
Alhamdulillah baby keluar dalam keadaan tali pusat terbelit satu lilitan dan dileraikan lilitannya oleh suami. Baby keluar jam 10.50 pagi. Air ketuban keluar bersama baby. Ada sedikit bunyi dari baby setelah keluar, terbersin... Setelah dileraikan tali pusat, saya meletakkan baby di dada. Saat itu, terasa sangat naluri keibuan. Suami membaca surah, qamat dan doa. Saya cuba untuk menyusukan baby, tetapi baby saya lebih enak tidur. Dalam 10 minit juga skin to skin antara saya dengan baby. Air di dalam pool mula bertukar warna merah. Saya mahu keluar dari pool. Sebelum keluar dari pool, dalam keadaan berdiri, terasa sakit pula. Seketul darah keluar, saya meminta suami mengambil bekas. Dalam keadaan berdiri, saya menadah uri yang keluar dengan bekas tersebut. Ketika ini, suami memegang baby. Alhamdulillah uri keluar sempurna. Seterusnya saya ke tandas untuk mandi wiladah.
Selepas selesai, saya mengambil tempoh bertenang. Hanz menyuruh saya minum air RLT panas-panas dan makan kurma.  
Kami ke hospital untuk membuat pemeriksaan. Saya mendapat first degree tear. Alhamdulillah baby dalam keadaan baik. Tali pusat dipotong di hospital. Kami dipantau selama dua malam di hospital. Suami bertanya, mana lebih sakit, bersalin di rumah atau di hospital. Sebenarnya di rumah atau hospital, kedua-duanya sakit.
Oh ya, bersalin secara waterbirth bukanlah niat saya untuk mengikut mana-mana pihak. Ketika membuang air besar, jika mengalami kesukaran, saya akan arahkan air paip ke arah itu, dan ini memudahkan saya menunaikan hajat. Jadi saya mengandaikan, saya akan lebih mudah bersalin dalam keadaan waterbirth.
Selepas tiga kali bersalin secara lying flat dan sekali bersalin posisi all four, saya dapati bersalin secara all four lebih mudah, selesa, kurang rasa sakit dan tidak memerlukan banyak tenaga.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada guru saya CBE Hanz dan rakan-rakan sekelas (Syida, Ida & Suri). Untuk melahirkan anak juga kita perlukan ilmu, maka tuntutlah ilmu kelahiran dengan berguru. Terima kasih juga suami, anak-anak dan keluarga yang menjadi tulang belakang dan memberi sokongan. Syukur… Alhamdulillah…

Wednesday, April 15, 2015

Just as planned HypnoBirthing birth story | The birth of Azra Raidah

DISCLAIMER : Permission obtained from the rightful owner of this birth story and no editing is done to maintain its originality for education purpose. Kindly seek permission from site owner if you wish to share amongst your network.

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Hari ni Adik Baby dah 4 hari usianya. Lahir pada 11 April, 12.55am (kate papa, mama xdpt tgk jam). Syukur kepada ALLAH SWT kerana memberi izinNYA utk mama menikmati saat kelahiran yg sgt berbeza dan sgt membahagiakan kali ini. Hampir semua birth plan mama & papa berjaya dicapai.



1. Air Ketuban pecah sendiri 10 April, 5am..
2. Uri keluar lebih kurang 30-45min lps adik lahir, 
3. Bebas makan & minum in between surges..
4. Tak tlantar je kt katil.. mcm2 posisi yg boleh mbantu dilation mama buat..

5. Tenang, damai, aman sgt rase xde kene ikat dgn CTG dan nurse/Dr. yg obses dgn wave yg cantek je..

6. Mmg bawak balik, dan diuruskan selayaknya..

7. Naluri utk mhisap susu Adik baby mmg kuat..
8. Dgn posisi separuh duduk serentak dgn rase gesa nk teran, Adik Baby 3.65kg dilahirkan dgn lancar, licin sgt.. kepala, badan keluar senafas mama.. xperlu episiotomy, Dr. cek dan kate xperlu ape2 jahitan pon..
9. Ye...bukan dibawa lari.. bonding dulu ng mama..
10. Fear creates Pain.. relax, breathing.. dgr CD Rainbow Relaxation...
11. Papa xdpt potong..nurse buatkn.. papa tgh sibuk uruskn kakak.. (doula kecik)
12. 10 jam kemudian baru sampai GMC..
13. Kami x terus mandikn Adik baby, lap sket2 sbb kamu keluar dari air dan vernix nipis masih melindungi kamu smpai GMC..
14. Yg x tmasuk dlm birth plan, kami mmg mahu Adik baby disunatkan terus..
15., 16.,17. GMC x pakse if parents refuse..




Syukur kepada ALLAH SWT yang maha pengasih lagi maha penyayang atas kurniaan rezeki dan nikmat yang tidak putus-putus buat Mama Papa dan juga anak-anak kami. Adik baby 33mgu dlm kandungan Mama, ALLAH SWT mberi hidayah, Alhamdulillah Mama belom terlambat.. Knowledge is Powerfull.. Adik baby lahir pada Cesarean Awareness Month..di kelilingi ahli keluarga sendiri, di sambut oleh walinya, Papa sendiri.. I did it, Im a VBAC mom.. Subhanallah, walhamdulillah, walaillahailallah, wallahuakbar..

Wednesday, February 11, 2015

Serene Office Birth Story | Baby Muhammad's birth story



DISCLAIMER : Permission obtained from the rightful owner of this birth story and no editing is done to maintain its originality for education purpose. Kindly seek permission from site owner if you wish to share amongst your network.

Bismillahhir-Rahmannir-Rahim.

Alhamdulillah, how thankful I am that our homebirth turn out perfectly even is not how we imagine it but having our first born the way we wanted is all that matter to us. I want to thank to Hanz Jamaludin (Sis Hanz) and my sister for being there for us even the person is not there and we just contacted them by using whatapps and facebook messages only, but it means a lot to us.May Allah bless their family with good health and happiness.

The birth story of Muhammad bin Hafiz.
We heard about homebirth when my sister did her’s homebirth, she gave birth to her’s first born and i read about her birth story it was beautiful and it touched  me a lot. She’s opened up my mind about the drug and how it can affect the baby inside. I won’t go through homebirth if hubby(my husband) not into it but ALHAMDULILLAH, he understand me, he knew I could do it if I put my mind into it and also because he had been persuaded by my sister too...huhu. Then my sister recommended that hubby and I should go to Amani Birth class. 

We met Hanz Jamaludin, she taught us everything we should know about liked how to breath calmly, eat healthy , sensation, labor and drug side effect. We did water birth at my husband’s office. It’s all set up by him. My edd was 26/5/2014 but I gave birth 2 week early(38 week).

Saturday, February 7, 2015

Gently borned in hospital with perseverance and determination | Srikandi Solehah Birth Story

DISCLAIMER : Permission obtained from the rightful owner of this birth story and no editing is done to maintain its originality for education purpose. Kindly seek permission from site owner if you wish to share amongst your network.

Makanan yang saya amalkan ketika pregnant ialah raspberry leaf tea
1. Habbatussauda
2. Madu
3. Chia seed, flax seed, saffron, susu kambing, susu lembu.
4. 9 bulan terakhir, air zam zam, kurma, vco, pevoo, sayur hijau everyday. 
5. Hb low on week 38. Makan kailan everyday. By week 39, hb up semula 11.3. Seriously, amazing kailan. 
6. Banyak Mkn homemade food je. Kalau beli pun tengok kedai.

Senaman:
1. Squat 10 times setiap kali selepas solat. Total squat per day, 50times. 
2. Perinium massage, guna pevoo, vco. 
3. Vocalizations uuuuuuu...ooooooo and training J breathing technique. (During loo)
4. Naik tangga, turun.


KISAH KELAHIRAN SRIKANDI SOLEHAH.
SRIKANDI SOLEHAH BIRTH STORY
Rabu, 21 Januari dah ada keluar darah, mulai Maghrib. Dibiarkan sahaja. Hanz kata, no surge, no baby. Ok, Aina dulu pun, macam tu juga. Hampir seminggu keluar darah, hari ke 8 baru bersalin.
Khamis, 22Januari, ke klinik macam biasa. Rahsiakan dulu darah tu, nurse check heart beat baby, semua ok. So, tak perlulah ceritakan kepada nurse tentang darah ni.
Jumaat, jalani hari seperti biasa. Makan apa nak makan sebab ada pasar malam, kan. Sebab dalam hati dah rasa tak lama lagi kena pantang makan!
Tidur…
Sabtu, 3.30am terjaga daripada tidur. Hendak ke toilet seperti biasa. Selepas buang air kecil, cuba pejamkan mata.
Tiba-tiba terasa ada contraction. Cuba juga pejamkan mata. 
Ah, tak boleh! Baru je sekejap tadi sakit. Sekarang contraction dating lagi. Cepatnya!

Install contraction timer dalam telefon. Cuba timer contraction. 
Eh, dah 4 minit.

Kadang-kadang, 3 minit.
Bangunlah. Solat sunat. Kalaulah ini Subuh terakhir aku… 
Buat kerja sikit. Kemas kain kat bawah. 
Buat air.
Minum susu kambing. 
Makan VCO
Makan Pevoo
Minum susu lembu
Makan kurma Ajwa sebanyak-banyaknya. 
Minum air zam-zam sambal berlari-lari anak dalam rumah.

Ada lagi barang yang belum dikemas. Kemas beg hospital juga. 
Sambil naik tangga turun tangga. Sesekali berhenti menarik nafas bila contraction sampai.

Contraction semakin kuat, selang 3-4-5 minit.
Suami Tanya, kalau dah 15minit, kita ke PBBR. Cuba control. Tak apa… Masih boleh bercakap dengan baik.
Salah satu timing nak hampir bersalin, ialah vocal kita. Kalau dah tak mampu nak bercakap tu, ha, segeralah ke hospital.
Sudah hampir masuk waktu Solat Subuh. Suami bersiap. Solat.
Semakin kuat contraction. Hampir tak boleh nak bercakap. Ada rasa nak meneran.
Telefon mak di kampong, minta doa…
Telefon mak mentua, minta mak doakan juga. Dua hamba Allah ini, doanya sangat aku perlukan selain daripada doa suami…

Mandi.
Bersiap nak solat Subuh. 
Aduh, terasa macam nak muntah.

Tak sempat pakai telekung, selambak muntah dalam bilik, atas telekung, atas sejadah. Busuk bau susu-susu yang di minum tadi. Mujur kurma tak keluar sekali.
Solat 2 rakaat pun ada terhenti sebab contraction. 
Bacaan ambil yang wajib sahaja. Rasanya dah tak lama. Ada rasa nak push!

Homebirth?
Tak.
Kami sempat nak kereta, keluar dari rumah sambal Aina terpisat-pisat kena kejut awal pagi. Kasihan Aina. Pandang wajahnya. Adakah ini Subuh terakhir aku pandang wajah anak? Suami?
Sampai sahaja bulatan Sri Serdang, ALAMAK! Tertinggal kad pengenalan. Aku tak tahu sama ada kad pengenalan diperlukan atau tidak. Tapi kami berpatah balik ke rumah. Dah buang masa sikit kat situ.
Suami memandu dengan lampu kecemasan. GPS menghala ke PBBR kami ikut dengan agak laju. Aku squat di kerusi penumpang hadapan sambal peluk tempat bersandar. Aina tahu aku sakit.
Aku minta suami laju sikit je, sebab memang aku dah ada rasa nak push!
Carbirth?
Tak…
Tepat 7 suku pagi, kami sampai di PBBR. 
Aku diminta baring untuk cek VE. Baring sekejap sahaja sebab aku nak berdiri dan berjalan.

“Eh, puan, kepala baby dah kat sini!”
“Masuk LR!” jerit nurse.
“Puan nak kerusi roda?”
“Tak, saya nak berjalan sendiri.”
“Di mana ya, biliknya?”
“Sini, puan. Puan tukar baju cepat, kami nak siapkan bahan-bahan,”
“Sekejap, saya rasa ada contraction,”
Sambil tukar baju, aku melompat-lompat dengan keyakinan, gravity akan bawa baby turun.
“Baring puan,”
“Sekejap, saya ada contraction. Saya tak mahu baring kalau ada contraction,”
“Beri kerjasama, puan. Kami takut puan bersalin berdiri nanti,”
“Tak apa, Bersalin berdiri pun saya tak kisah,”
“Saya ada rasa nak push!”
Segera aku baring kerana nurse semakin risau dan kelam kabut. Mungkin tak pernah ada orang bersalin squat atau berdiri.
Sebaik-baik sahaja aku baring, aku pegang kaki dan menghembuskan nafas sekuat-kuatnya sambal bertakbir.
727pagi, Sabtu, 24Januari.
Lahirlah insan kecil berbau Syurga dengan ungkapan, Allahuakbar.
“Alhamdulillah, Assalamualaikum baby, “ nurse ucap kepada baby. Rakaman selawat aku dengar di kawasan lobi sebab nurse tak tutup pintu LR. Ha ha. Kelam kabut semua orang, sampai glove pun tak sempat nurse nak pakai.
Semuanya sekelip mata.
“Bagus, puan. Pandai puan push baby,”
“Puan dapat anak apa, puan?”
“Alhamdulillah, anak perempuan,”
Aku ambil baby dan mulakan Skin to skin. Baby pun pandai cari makanan dia. Buang air terus sejurus keluar dari perut.
Kami direhatkan 4 beranak dalam LR selama hampir 2 jam. Suami tahnikkan baby dengan kurma Ajwa yang kami bawa. 
Pukul 11pagi baru masuk ke wad.

5 petang, kami dah dibenarkan pulang.
Alhamdulillah. 
Allahuakbar. 
Allah Maha Mengetahui.

Srikandi ini masih belum bernama. 
Hari ini sudah hari ke 6.

Selamat datang wahai srikandiku. 
Selamat datang ke dunia nyata.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...