Tuesday, October 20, 2015

Lifetime Gentle Birth Knowledge Pays Off





DISCLAIMER : Permission obtained from the rightful owner of this birth story and minimal editing is done on spelling for better reading but the content is maintained its originality for education purpose. Kindly seek permission from site owner if you wish to share amongst your network.

Hari ni sudah hari kelapan kelahiran anak keempat saya dan baru berkesempatan untuk share serba sikit kisah kelahiran.
Bermula dari awal kehamilan saya checkup di Hospital Columbia Asia Cheras Balakong. Setengah jam perjalanan dari rumah untuk ke hospital tersebut. Memilih keputusan ini walaupun ada hospital yang lebih hampir dari rumah di Bangi kerana review dari GBG yang pernah mendapat gentle birth di hospital ini.

Braxton Hicks di kawasan bawah perut sejak minggu ke-20+.
Hari Raya Haji (minggu ke-37): Sakit pinggang banyak kali sejak malam. Sedang berhari raya di Melaka. Checkup di Hospital Jasin, ada mild surge tapi tiada bukaan. Beg kelengkapan ke hospital tak dibawa balik kampung. Jadi buat keputusan untuk tinggalkan anak-anak lain di kampung, dan balik berdua ke Bangi dengan suami untuk bersiap ke Hospital Columbia Asia. Mild surge hingga ke tengah malam. Tak jadi ke hospital sebab tengah malam surge berhenti.

Ahad, 4/10/15
Terjaga tersentak jam 3 pagi surge di bawah perut. Tak dapat tidur semula hingga ke siang hari. Mild surge datang dan pergi, sekejap-sekejap. Jadi ingat hanya braxton hicks seperti selalu.
Tengah hari: Download contraction timer di telefon bimbit. Terdetik adakah hari ini harinya? Naluri tergerak untuk masak bihun goreng banyak-banyak cukup untuk makan tengah hari dan makan malam sekali. Sambil memasak sambil tekan timer di handphone. Setelah beberapa bacaan ditekan, muncul 'amaran' di app iaitu sudah masanya untuk ke hospital. Saya tunjuk app pada suami dan berbincang. Bersetuju untuk pergi jika surge makin kuat atau keluar tanda.
Petang: Berziarah ke rumah baru ipar di Bandar Sri Putra. Surge makin terasa tapi masih boleh bertahan. Naluri masih ragu-ragu sebab tiada keluar tanda lagi. Ketika perjalanan pulang, teringin nak shopping di MR DIY tapi suami ajak balik sebab kepenatan. Makan bihun goreng pada lewat petang sambil layan surge.

Malam: Surge di punggung makin ketara. Ketika solat maghrib dan kemudian isyak, surge kuat di punggung ketika bersujud, hampir sahaja memberhentikan solat. Usai solat isyak, saya baca Surah Maryam sambil berjalan ke sana ke mari. Suami ketika itu di tingkat atas menguruskan anak-anak. Seorang diri menenangkan diri, sampai ke suatu ayat, saya terhenti bacaan kerana surge yang kuat. Saya panggil suami dan meminta dia hubungi adiknya untuk jagakan anak-anak di rumah.
10++ malam: Adik ipar tiba. Saya dan suami bergerak ke Balakong. Terasa perlahan benar suami bawa kereta. "Abang, kenapa bawak slow sangat?" Surge beberapa kali dalam perjalanan, vocalise "Allaahhh.." ketika surge datang.
11.00 pm: Tiba di hospital. Bidan pasang alat CTG. Sekitar 40 minit juga (tak silap) bacaan diambil untuk 'dapat bacaan yang cantik'. Seksa benar bila surge datang dan terpaksa berbaring. Suami menyuapkan air zamzam dan kurma, serta mengingatkan saya untuk ingat Allah dan bernafas dengan baik.
Selesai CTG, bidan periksa bukaan, 4 cm. Saya tersenyum bila dapat tahu yang anak saya akan menzahirkan dirinya tak lama lagi. Suami diminta buat pendaftaran & pembayaran di kaunter.
Surah Yasin dipasangkan dalam bilik bersalin. Bidan diberitahu tentang birth plan saya. Antara permintaan saya dalam birth plan adalah privasi tak mahu diganggu. Jadi bidan tinggalkan saya seorang diri melayan surge dalam bilik bersalin setelah menukarkan baju saya dan memadamkan lampu.
Saya rasa sedikit stress sebab berseorangan ketika surge. Keingininan saya pada masa itu adalah seseorang untuk saya berpaut dan bagi kata-kata semangat waktu surge datang. Terasa dalam hati seperti menyesal buat birth plan begitu (haha..). Bila surge datang, saya paut di pemegang katil untuk half squat sambil vocalising. "Manalah abang ni...? Kenapalah lama sangat?"

Isnin, 5/10/15
0005 am: Bidan datang menjengah. Saya fikir dia mahu temankan saya, rupa-rupanya dia minta saya isi borang-borang. Lepas tu dia keluar. Aisehh...

Sambil isi borang-borang yang banyak itu, surge datang menjengah dua kali.

0015 am: Suami idaman saya akhirnya muncul. Tapi air zamzam pula sudah habis saya minum sepanjang waktu tadi. Suami terpaksa keluar sekali lagi dan meninggalkan saya melayan surge seorang diri. "Allaahh.." saya vocalise dengan kuat tiap kali surge datang.
0030 am: Suami muncul dengan bakul makanan. Kain batik pula tak ada. Baju hospital yang separas lutut membuat saya rasa tak selesa kesejukan. Suami hampir sahaja meninggalkan saya sekali lagi... Namun, saya tahan suami dan minta saya temankan ke tandas dahulu sebab terasa mahu buang air kecil. Tak sempat melangkah, suatu surge kuat datang dan saya mencangkung di lantai (sambil terkencing di situ). Suara keras saya memanggil "Bidan! Bidan!" Dua orang bidan berlari masuk ke bilik bersalin dan membantu saya naik ke katil.
Surge kuat datang sekali lagi, dan dengan keadaan mencangkung di atas katil sambil berpaut di pemegang katil, air ketuban saya pecah. Kedengaran suara bidan "SROM! SROM!" Surge kali ini lebih panjang.
Bidan minta saya berbaring untuk periksa denyutan jantung bayi dan bukaan pintu rahim. Saya beritahu bahawa saya tak selesa berbaring, jadi bidan naikkan penyandar katil. Sambil duduk CTG dipasang. Bidan kata, "Bacaan tak berapa cantik." Tapi saya kata pada diri sendiri, semuanya okay. Hanya saya terlupa bernafas dengan betul masa surge kuat tadi. Jadi saya tarik nafas dalam-dalam dan hembus beberapa kali. Saya rasa hebat! 
grin emoticon
"Puan, bukaan 7 cm, baby tinggi lagi.." beritahu bidan. Selepas tali CTG dibuka dari perut saya, suatu surge lebih kuat datang dan membuatkan saya berpaut di palang kaki katil. Sambil berposisi all four, surge kuat itu membuatkan sebahagian kepala anak saya keluar. Salah seorang bidan menahan kepala anak saya. Terketar-ketar suara saya antara fokus bernafas sambil berkata, "Jangan tahan. Biarkan..."

Bidan masih menahan. Langsung suami bersuara, "Lepaskan anak saya. Tak apa. Anak saya sebelum ini pun bersalin macam ni.." Barulah bidan lepaskan tangannya.

Doktor obgyn saya tiba. Surge seterusnya pun datang berserta ring of fire. Kata beliau, "Puan.. Anak Puan nampak biru. Cepat teran, Puan!" Beberapa kali diingatkan begitu sewaktu surge. Suasana sedikit kalut.
Fokus saya sedikit terganggu antara bernafas dengan tenang dengan tergesa-gesa menghabiskan semuanya. Suami mencium dahi saya dan bisikkan "Anak kita okay.. Tarik nafas, sayang.."
0051 am: Surge akhir yang kuat, dengan suara keras saya yang kuat saya sebut "Allahhhhh.." sambil tangan saya terketar-ketar memaut pemegang katil, anak saya selamat dilahirkan dan segera disambut oleh doktor. Segera doktor memotong tali pusat anak saya sebab katanya tali pusat anak saya sudahpun putih dan tiada pulse. Dan segera juga doktor dan bidan lakukan suction dan buatkan anak saya menangis.
Tak putus-putus saya dan suami menyebut "Alhamdulillah" sambil saya menukar posisi semi-baring. Bidan menyerahkan anak kepada saya untuk skin-to-skin, sementara doktor mengeluarkan uri.
Selesai semuanya, doktor dan bidan meninggalkan kami berdua di dalam bilik bersalin untuk momen privasi kami selama lebih kurang setengah jam. Dan kemudian barulah bayi diambil untuk dibersihkan dan saya dibawa ke wad.

3 comments:

  1. Agak takut bila baca..tapi alhamdulillah..dpt gak vbac..nak tanya sis ni pergi hosp private ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan Izza, ini bukan kelahiran VBAC... ibu ini tak pernah Cesarean pun, kalau ini kisah kelahiran VBAC, saya akan tag VBAC di post.
      Kenapa rasa takut, Puan?
      Ada diceritakan beliau bersalin di Columbia Asia, Balakong.

      Delete
    2. Salam Puan Izza, apa khabar?

      Saya adalah ibu yg empunya birth story di atas, anak keempat alhamdulillah.

      Lebih kurang 3 tahun lepas, saya hadir ke kelas AMani seliaan Hanz untuk persediaan menyambut kelahiran anak ketiga sewaktu itu. (Kisah kelahiran boleh dibaca di sini http://aku-dan-segalanya.blogspot.my/2013/10/pengalamanku-bersalin-di-rumah.html)

      Pendapat saya, kelas Amani yg lalu sangat berbaloi dihadiri. Apa yg pernah saya pelajari dahulu membantu untuk kelahiran kali ini juga. :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...