Sunday, May 24, 2015

Smooth homebirth | The birth of baby Husna Ilmi




DISCLAIMER : Permission obtained from the rightful owner of this birth story and no editing is done to maintain its originality for education purpose. Kindly seek permission from site owner if you wish to share amongst your network.

23 April 2015 (Khamis)
Di rumah pada waktu petang, saya sempat mencuci tandas. Pada hari ini juga, saya dan suami mencuba natural inducer (making l0ve). Pada tengah malam, saya merasa sakit tetapi tidak pasti akan bersalin atau tidak kerana sudah seminggu saya mengalami sakit yang datang dan pergi. Untuk kesekian kalinya, saya meminta suami mengepam pool dan pada kali ini barulah suami mengepam dan  mencuci pool. Pada malamnya saya tidur seperti biasa.

24 April 2015 (Jumaat)
Sekejap tidur, sekejap ke toilet, sekejap rasa sakit. Antara jam 3-4 pagi, saya cuba juga untuk mengira selang waktu kesakitan, setiap setengah jam. Ketika ini, saya meminta suami mengisi air di dalam pool. Ketika rasa sakit, saya hanya mampu menidurkan diri, menyembam muka ke bantal, membuat angry cat dan ke toilet. Seingat saya sebelum subuh sudah keluar tanda darah.
Jam 6.00 pagi, suami menyiapkan tiga orang anak untuk ke sekolah, taska dan transit. Saya pula dalam keadaan tidur yang lena dan tidak lena. Saya dan suami mengambil cuti pada hari ini. Di rumah, hanya saya dan suami sahaja.
Jam 7 lebih, saya menghubungi pejabat mengatakan saya mc pada hari ini.
Jam 8 lebih, sempat juga saya wassap group family meminta maaf.
Jam 9 lebih, suami memberitahu mahu keluar membeli sarapan. Saya berbelah bagi, saya kata tak perlu sarapan. Saya melayan sakit di atas katil sahaja. Beberapa kali juga saya ke toilet pada pagi ini.
Sehinggalah pada jam berapa saya tidak pasti, saya ke toilet lagi, seperti mahu membuang air besar. Selepas melaksanakan hajat, saya merasa keliru, ada rasa seperti mahu bersalin atau membuang lagi.
Saya membersihkan diri dan segera ke dapur (tempat terletaknya pool yang sudah tersedia awal pagi lagi). Saya masuk ke dalam pool, saya bersandar dan terasa lega sangat. Suami menambah air panas ke dalam pool. Sensation datang, saya cuba untuk duduk bersandar, terasa bukan posisinya. Saya bertukar ke posisi all four, rasa lebih selesa. Bunyi suara yang tidak pernah keluar ketika saya bersalin tiga orang anak sebelum ini terkeluar.
Sensation datang lagi, Allah... saya merasa crowning… saya menyuruh suami melihat, ada apa-apa tak… mungkin dalam keadaan all four, suami tak nampak apa pun. Sensation datang lagi, terasa mahu meneran, kepala baby keluar. Relaks sekejap. Teknik pernafasan memang ke laut. Suami memang standby di belakang menyambut baby. Sensation datang lagi, keluar lagi bahagian yang seterusnya. Suami beri semangat, sikit lagi…
Alhamdulillah baby keluar dalam keadaan tali pusat terbelit satu lilitan dan dileraikan lilitannya oleh suami. Baby keluar jam 10.50 pagi. Air ketuban keluar bersama baby. Ada sedikit bunyi dari baby setelah keluar, terbersin... Setelah dileraikan tali pusat, saya meletakkan baby di dada. Saat itu, terasa sangat naluri keibuan. Suami membaca surah, qamat dan doa. Saya cuba untuk menyusukan baby, tetapi baby saya lebih enak tidur. Dalam 10 minit juga skin to skin antara saya dengan baby. Air di dalam pool mula bertukar warna merah. Saya mahu keluar dari pool. Sebelum keluar dari pool, dalam keadaan berdiri, terasa sakit pula. Seketul darah keluar, saya meminta suami mengambil bekas. Dalam keadaan berdiri, saya menadah uri yang keluar dengan bekas tersebut. Ketika ini, suami memegang baby. Alhamdulillah uri keluar sempurna. Seterusnya saya ke tandas untuk mandi wiladah.
Selepas selesai, saya mengambil tempoh bertenang. Hanz menyuruh saya minum air RLT panas-panas dan makan kurma.  
Kami ke hospital untuk membuat pemeriksaan. Saya mendapat first degree tear. Alhamdulillah baby dalam keadaan baik. Tali pusat dipotong di hospital. Kami dipantau selama dua malam di hospital. Suami bertanya, mana lebih sakit, bersalin di rumah atau di hospital. Sebenarnya di rumah atau hospital, kedua-duanya sakit.
Oh ya, bersalin secara waterbirth bukanlah niat saya untuk mengikut mana-mana pihak. Ketika membuang air besar, jika mengalami kesukaran, saya akan arahkan air paip ke arah itu, dan ini memudahkan saya menunaikan hajat. Jadi saya mengandaikan, saya akan lebih mudah bersalin dalam keadaan waterbirth.
Selepas tiga kali bersalin secara lying flat dan sekali bersalin posisi all four, saya dapati bersalin secara all four lebih mudah, selesa, kurang rasa sakit dan tidak memerlukan banyak tenaga.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada guru saya CBE Hanz dan rakan-rakan sekelas (Syida, Ida & Suri). Untuk melahirkan anak juga kita perlukan ilmu, maka tuntutlah ilmu kelahiran dengan berguru. Terima kasih juga suami, anak-anak dan keluarga yang menjadi tulang belakang dan memberi sokongan. Syukur… Alhamdulillah…

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...